Thursday, June 23, 2011

Fitnah Bersih Lari Jauh Dari Islam

Tajuk sebenar arkikel harakah ialah tuntutan bersih selari dLinkengan islam.

Apa yang selari dengan Islam, kita pun tak tau. Tak kan Islam menggalakkan huru-hara. Tak mungkin juga Islam menggalakkan memaksa tuntutan ke atas sesuata yang sudah diberi. Tetapi kalau 'Isle' versi Pas yang dimaksudkan oleh Harakah, itu mungkin ianya selari.

Apa sebenarnya Bersih 2.0 ni dan apa yang dituntutnya sehinggakan lebih dari 1000 laporan polis dibuat untuk membantahnya?

Bersih 2.0 ialah perarakan beramai-ramai ke istana negara dan menyampaikan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi menuntut lapan (8) perkara dari SPR yang dirancangkan pada 9 Julai 2011.

  1. Membersihkan senarai undi.
  2. Mereformasi undi pos.
  3. Gunakan dakwat kekal.
  4. Akses media yang bebas dan adil.
  5. Tempoh kempen minimum 21 hari.
  6. Perkukuhkan institusi awam.
  7. Hentikan rasuah.
  8. Hentikan politik kotor.
Kenapa tak boleh berbincang saja? kita difahamkan SPR telah memanggil Ambiga untuk berbincang tetapi ditolak kerana menurut Ambiga masa berunding sudahpun tamat jadi dia akan teruskan rancangan demo ni yang juga.

Siapa dan Kenapa Ambiga bersungguh dengan demo Bersih 2.0? Ambiga ni terkenal di luar dan dalam negara tetapi terkenalnya beliau dalam banyak perkara yang menggugat hak2 Islam dan Melayu.

Apa wajarnya tuntutan Bersih 2.0 ini setelah Pembangkang menang di 5 negeri? memang tak wajar tetapi bagi mencetuskan momentum anti-kerajaan untuk pilihanraya ke-14, diwajarkan juga rusuhan yang berkepentingan terpesong ini.

Kenapa libatkan Agong padahal undang2 SPR ni ahli2 parlimen yang buat? jelasnya kerana ada agenda2 tersembunyi antara lain mungkin dendam peribadi, SPR hanya kambing hitam. Penglibatan Agong pun hanya dusta sebab temujanji nak jumpa agong pun tak dibuat hingga ke hari ini! Tuntutan 6, 7 dan 8 pula tiada kena mengena pun dengan SPR.

Tuntutan 1. Ada prosedur jelas mengenai pembersihan daftar undi, yang mana sesiapa pun boleh membantah senarai pengundi2 baru yang dikeluarkan. SPR akan memanggil orang yang dibantah ini untuk siasat ketulenan mereka. Andaikata mereka ini tulen, yang membantah tadi perlu membayar jumlah wang tertentu kepada yang dibantah, atas dasar menyusahkan dan memfitnah pengundi2 baru ini. Tapi hal ni disalah guna pihak2 terbabit dan menginiaya pengundi2 baru itu.

Tuntutan 2. Banyak pihak kata prosedur undi pos lemah dan terdedah kepada manipulasi, jadi ahli2 parlimen pembangkang cadanglah prosedur undi pos baru yang lebih baik. Demo ini secara tidak langsung menunjukkan pihak pembangkang tak menjalankan tanggungjawab mereka.

Tuntutan 3. Dakwat kekal? kuno la, negara2 moden pun tak guna kaedah ini. Biometrik kan lebih baik dan lebih moden. Kurang kontroversinya.

Tuntutan 4. Untuk meminta akses media yang bebas dan adil, pihak pembangkang juga harus berbuat demikian ke atas media2 dibawah kawalan mereka. Harakah, SuaraKeadilan dan lain2 juga mesti menyediakan ruang untuk kerajaan berkempen. Dengan membiarkan media2 pro-pembangkang yang lain seperti MI dan MKini bersiaran, ini membuktikan kebebasan bermedia di Malaysia dilangsungkan dibawah pentadbiran sekarang walaupun penulisan di media2 ini menjurus ke-arah mencemarkan reputasi kerajaan. Itu belum diambil kira jumlah blog2 di alam cyber. Walaupun begitu, Utusan tidak mendapat nasib yang serupa di negeri2 yang dikuasai pembangkang.

Tuntutan 5. Tempoh berkempen minimum 21 hari. Kalau ahli2 politik rasakan perlu, cadanglah di parlimen, pindalah keperluan ini seadanya. Secara jujurnya 10 hari mencukupi tapi kalau tak cukup boleh dibawa berbincang dan didebatkan secara ilmiah. Tak perlu rusuhan. Yang HAIRANnya, Ambiga ini dakwanya bukan ahli politik TETAPI kenapa pula Bersih 2.0 ini menuntut tambahan hari untuk berkempen?

Walaupun agenda sebenar cuba disembunyikan tetapi JELAS kepada rakyat yang MAHU BERFIKIR dan waras ialah demo Bersih 2.0 ini adalah untuk menjatuhkan kerajaan BN secara TIDAK DEMOKRATIK sekaligus menafikan hak majoriti rakyat Malaysia yang telah memilih BN sebagai parti pemerintah. Ini sebenarnya bertentangan dengan apa yang di perjuangkan sama sekali. Jadi wajarlah jumlah report polis yang dibuat oleh mereka2 yang mengambil berat.

Soalan yang terakhir, kenapa ramai yang sokong agenda kotor Ambiga dan sekutunya? Semua yang terlibat mempunyai agenda jahat masing2. Walau dianalisa secara kasar sekalipun, dapat dilihat yang menyokong dan akan menghadiri demo Bersih 2.0 adalah penyokong2 PR (Pas, PKR, DAP serta NGO2 anti-kerajaan.

Ramai yang sedia maklum bahawa penyokong Pas TERLALU TAKSUB kepada perjuangan untuk menjatuhkan UMNO dengan apa cara sekali pun termasuk MENINGGALKAN NEGARA ISLAM untuk undi bukan islam. PKR pula perlukan sesuatu untuk mengalih tumpuan rakyat dari skandal Ketua Umum mereka. DAP pula sudah semula-jadinya anti-melayu dan anti-islam. Mereka pasti akan menyokong apa sahaja usaha untuk menjatuhkan melayu dan Islam di bumi bertuah ini. Bersih adalah alat yang paling tepat untuk tujuan itu. NGO2 yang anti-kerajaan memang tiada kerja lain lagi dah selain dari memburukkan can mencemarkan reputasi kerajaan di dalam dan luar negara hingga mereka sanggup memenuhkan dana bagi menjayakan Bersih 2.0.