Sunday, July 31, 2011

Pas Gagal Tunjuk Teladan Islam pada DAP

Kalau dibaca tajuk di atas memang ada benarnya kalau diambil kira acara2 yang telah berlaku baru2 ini diantara PAS dan DAP walaupun ada dipihak PAS yang beranggapan sebaliknya. Tajuk sebenar artikel di Harakahdaily ialah Umno Gagal Tunjuk Teladan Islam.

Pada pendapat saya, dua perenggan pertama artikel ini sepatutnya dituju oleh UMNO kepada PAS. Parti yang gagal memperjuangkan Islam dan slogan Islam, ini sebenarnya ialah kelemahan parti PAS dari dahulu lagi dan semakin parah apabila sekarang berada di dalam PKR tetapi anehnya dilantunkan pada UMNO pula.

Perkara ini sama seperti kerajaan perpaduan yang diilhamkan PAS tetapi dituduh sebagai fitnah jahat mulaan UMNO. Gelaran Umporno kepada UMNO setelah penyebaran Video lucah Ketua Umum PKR walaupun kaitan hal ini dengan UMNO hanya khayalan pembangkang.

Perbankan Islam, pembinaan Masjid2 dan Surau2, Jabatan Agama Islam Negeri2, Logo Halal, penguat-kuasaan Undang2 Syariah, Zakat, Tabung Haji, Tilawah Al-Quran adalah antara teladan2 Islam dari UMNO selaku tunjang BN untuk Dunia amnya dan rakyat Malaysia khususnya. Bagi saya, di bawah pentadbiran BN, Malaysia dilihat sebagai negara Islam contoh diarena antarabangsa, itu adalah teladan yang terbaik.

Bagaikan meludah ke langit, PAS mendakwa parti2 komponen BN gagal memahami konsep Islam yang dibawa UMNO. UMNO hanya memperjuangkan Islam yang satu, iaitu yang sederhana dalam setiap sudut kehidupan. Tiada istilah konsep itu atau konsep ini kerana Islam itu satu. Tiada tentangan ke atas Islam yang dibawa oleh UMNO oleh rakan2 mereka di dalam BN.

Yang bukan hanya gagal memahami Islam dari dulu hinga kini malah takut kepada Islam ialah sekutu baru PAS iaitu DAP. Begitu takut hinggakan sanggup mati sebelum negara Islam ditegakkan. Begitu tidak fahamnya DAP akan Islam hinggakan mereka sangka petikan2 hadis dan ayat2 Al-Quran boleh digunakan untuk kepentingan politik.

PAS juga mendakwa UMNO menentang usaha mereka untuk menyekat maksiat dengan menguatkuasakan Enakmen Hiburan 1997 yang diluluskan sendiri oleh kerajaan BN Kedah ketika itu. Umum sedar bahawa tiada seorang pun ahli UMNO yang mengeluarkan sebarang kenyataan menentang atau menyekat penguatkuasaan enakmen ini. Tetapi PAS dengan tiada langsung rasa malu menuduh UMNO pula mempolitikkan Islam padahal ia adalah sebaliknya. Meletakkan Islam di dalam nama parti politik mereka adalah bukti hidup yang PAS mempolitikkan Islam.

MCA bantah bukan kerana tidak memahami Islam tetapi semata menjaga kepentingan peniaga2 kaum cina yang terlibat didalam enakmen ini. Yang jelas, bukanlah sebab bantahan dari MCA PAS membuat pusingan U di atas pengumuman penguatkuasaan enakmen ini. Bentakkan dari DAP sebenarnya yang memaksa PAS berpusing dari sepenuhnya menguatkuasakan enakmen ini.

Artikel di Harakahdaily.net ini ditutup dengan kenyataan hanya PAS mampu membawa perubahan di dalam PRU akan datang dan mereformasikan sistem pemerintahan negara. Kenyataan ini sangat lemah kerana bukan hanya tiada bukti malah track-record PAS iaitu kegagalan ekonomi di Kelantan, kegagalan menguatkuasakan Islam di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor juga mengatakan sebaliknya.

PAS sebenarnya sudah kehilangan nilai kepada orang melayu selagi ia bersekutu dengan DAP kerana mereka tidak pernah memperjuangkan agenda mempertahankan hak2 orang melayu dan sekarang matlamat negara Islam juga telah diganti dengan negara kebajikan.

Tuesday, July 19, 2011

Hiburan: Syabas Kedah kerana tunduk kepada DAP

Tajuk sebenar artikel di harakahdaily ialah Hiburan: Syabas Kedah, bagaimana dengan Melaka?

Bila mula2 terdengar MB Kedah ingin menguatkuasakan Enakmen Hiburan dan Tempat2 Hiburan 1997 yang melarang pusat2 hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadhan sepenuhnya untuk muslim dan bukan muslim, secara peribadinya saya tidak dapat lari dari menyokong usaha murni ini. Tetapi memahami tabiat politik PAS dan DAP mutakhir ini, saya seperti tertunggu-tunggu tindakan DAP mengenai hasrat murni PAS ini.

Suara tentangan dari awal MCA dan Gerakan (malah mendahului DAP) memang sudah dijangka kerana umum mengetahui mereka sekarang perlu dilihat aktif menjuarai kepentingan bukan muslim di Malaysia. Tiada tentangan dari UMNO tetapi dapat dirasai rata2 UMNO juga seperti saya, menunggu tindakan DAP dan reaksi PAS.

DAP kemudian bersuara melalui media meminta PAS Kedah menarik balik larangan ini. Tegas DAP yang kekal dengan perinsip menentang PAS menubuhkan negara Islam, akan mengambil segala langkah bagi memaksa kerajaan negeri Kedah menarik balik keputusan itu. Seperti dijangka PAS Kedah berundur separuh dan membenarkan pusat hiburan beroperasi seperti biasa tetapi orang islam dilarang berkunjung ke pusat2 hiburan sepanjang bulan Ramadhan.

Ramai yang sedia maklum, ramai pelayan2 dan bonzer2 pusat hiburan adalah melayu beragama Islam. Bagaimana pula tindakan PAS ke atas mereka2 yang mencari rezki di sana nanti?

PAS secara keseluruhannya berbangga dengan pencapaian ini malah menbandingkan kejayaan mereka ini dengan keputusan kerajaan negeri Melaka yang melanjutkan tempoh operasi pusat2 hiburan di Melaka dari jam 2 pagi ke jam 3 pagi.

Secara rambangnya kalau kita melihat muka depan portal ini, tiada disebut langsung mengenai amaran keras dari sekutu PAS iaitu DAP mengenai perlaksanaan Enakmen Hiburan ini. Tetapi yg dapat dibaca ialah perihal MCA, Gerakan dan Umno dengan isu ini. Jelas di sini, PAS cuba menonjolkan bahawa kegagalan mereka untuk menguatkuasakan sepenuhnya Enakmen 1997 ini adalah bukan kerana DAP. Ini juga sebenarnya sudah diduga kerana tabiat PAS ini sudah diketahui umum sekian lamanya.

Kepada yang berfikir tentu tercetus diminda mereka, bukankah Islam melarang umatnya berkunjung ke pusat2 hiburan pada bila2 masa pun? adakah maknanya PAS merestui umat Islam berkunjung ke pusat2 hiburan di luar Ramadhan?

Soalan selanjutnya, ada apa pada DAP yang begitu menggentarkan PAS hinggakan belum pun DAP menghantar sebarang bantahan rasmi atau mengatur sebarang temujanji untuk berbincang, PAS terus berundur?