Saturday, August 20, 2011

Daftar pemilih: Tohmahan Pas Jangan Dilayan.

Tajuk sebenarnya ialah Daftar pemilih: 5 lagi nama untuk dijejak Sinar Harian tetapi tajuk aku sebenarnya lebih tepat.

Apa yang hendak dihairankan berkenaan nama sama dan Nombor IC hampir sama. Andaikata nama sahaja mampu membezakan pengenalan setiap individu maka pastinya tidak wujud keperluan untuk mencipta Nombor Kad Pengenalan yang semulajadi sifatnya unik bagi setiap individu. Walaupun berbeza hanya satu angka, ianya tetap unik tanpa mengambil kira nama individu terbabit. Sekiranya mereka mahukan keunikan Nombor Kad Pengenalan yang lebih ketara, JPN perlu mencipta rangkaian nombor yang lebih panjang, mungkin 16 atau 20 angka! Itu sudah tidak praktikal pula.

Semua nama yang PAS senaraikan sebagai meragukan lahir pada tahun 50-an, sebelum merdeka. Bukannya macam zaman itu ada dijual buku Himpunan Senarai Nama2 Islam. Orang2 melayu pada zaman itu tidak sekreatif macam orang di zaman ini, kemungkinan besar kerana kekangan maklumat.

Kalau betullah UMNO dan SPR hendak 'mencipta' pengundi2 hantu, logik akalnya tak mungkin rekod yang dicipta begitu mirip sehingga mudah dikesan oleh pembangkang!

Sebenarnya PAS bertindak bijak dengan membuat tuduhan pengundi hantu di media2 cetak dan elektronik walaupun sebenarnya ada undang2 yang membolehkan sesiapa sahaja membantah secara rasmi kepada SPR ke atas mana2 pengundi yang disyaki palsu.

Aku katakan bijak kerana andai kata bantahan ini tidak berasas dan pengundi yang dibantah dibuktikan tulen, pihak yang membantah tadi perlu membayar denda sebanyak RM150 hingga RM200 kepada setiap pengundi itu. Cuba bayangkan berapa banyak RM telah mereka jimatkan dengan cara ini. Selain dari itu ianya ibarat serampang dua mata iaitu, jimat duit, raih simpati pengundi, mengekalkan momentum Bersih2.0 dan melemahkan reputasi SPR.

Rekod Pembangkang setakat ini belum pernah berjaya membuktikan pengundi hantu tetapi mereka tidak mahu pula membayar denda yang sudah diwartakan. Masalahnya pula SPR tidak boleh memaksa pembayaran denda itu. Pengundi2 yang dibantah pula perlu membawa perkara ini ke mahkamah andainya mereka mahu mendapatkan hak mereka itu.

Bagi rakyat biasa, leceh sangat kalau perlu naik turun mahkamah yang mungkin makan masa bertahun hanya kerana RM150 - RM200.

Exco Dewan Pemuda Pas, Shuhaizan Kaiat berkata tidak timbul soal PAS memfitnah Pn. Besah (salah seorang dari 2 Besah yang di'pengundi hantu'kan oleh PAS) mengundi 2 kali kerana mereka sedang membuat kajian terhadap kad pengenalan klon. Maka tiada permohonan maaf yang ditawarkan kepada wanita malang ini.

Mudahkan kerja PAS, berasas atau tidak itu kemudian, yang utama tuduh sahaja!

Shuhaizan Kaiat berkata lagi, kajian dengan nama yang biasa sudah, sekarang mereka guna nama yang jarang2 diguna di Malaysia. Penting untuk kita soalkan di sini, kalau dah kata jarang2 diguna macam mana PAS boleh dapat nombor kad pengenalan pengundi2 ini? sedangkan ada lebih 12 juta pengundi berdaftar!

Pemuda PAS jual sampul duit raya Bersih.

Pemuda PAS edar sampul duit raya Bersih ialah tajuk sebenar artikel di Harakaidaily. Tetapi tajuk yang aku buat merujuk kepada makna yang lebih tepat.

Kenapa? sebab sampul ini dijual dengan harga RM 10 bagi setiap 3 bungkus. Sehingga artikel ini ditulis, katanya mereka sudah berjaya buat hampir RM 330 (aku mengandaikan 1 bungkus ada 10 keping). Akhirnya, 'Its all about business'..

Kira otak bisnes jugak PAS ni, pandai mengambil kesempatan berniaga. Tapi melampau sangat la kalau sampai mencemarkan sambutan Aidilfitri dengan berpolitik.

Friday, August 19, 2011

JK Khas Parlimen Jawapan Kepada Dungu2 Bersih

6000++ dungu telah mencetuskan keadaan kacau bilau dengan berarak secara haram di Bandaraya Kuala Lumpur pada Julai lalu. Dungu2 yang dipimpin oleh S. Ambiga ini jelas berniat mahu mencemarkan nama Malaysia lebih dari menuntut apa yang mereka panggil pilihanraya yang adil dan bersih.

Kini, aku fikir untuk menjernihkan semula persepsi umum di dalam dan di luar negara, jemaah menteri telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen untuk memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkaitan pilihan raya di negara ini.

DS Najib yang mengumumkan perkara ini pada 15-Jul-11, berkata penubuhan ini ialah usaha untuk menambah baik proses pilihanraya. DS Nazri Aziz menjelas lanjut dengan berkata Jawatankuasa ini akan diketuai oleh seorang menteri dan dianggotai oleh 9 wakil rakyat (5 BN, 3 Pembangkang, 1 Bebas).

Tajuk asal artikel di Harakahdaily ialah JK Khas Parlimen sekadar penghias jendala. Artikel ini berdasarkan ulasan dari Mahfuz Omar berkenaan perkara ini.

Tajuk artikel ini sendiri sudah menjelaskan dilema kerajaan dewasa ini iaitu buat salah, tak buat pun salah. Setelah mengerah 6000++ dungu berarak secara haram di KL kononnya menuntut pilihanraya yang adil dan bersih, kini apabila kerajaan berusaha untuk melakukan sesuatu dengan cara yang lebih bertamadun, mereka melecehkan pula usaha kerajaan.

Sebenarnya, ini ialah tabiat biasa PAS secara umumnya. Parti ini telah berjaya secara parti pembangkang secara harfiahnya. Asal saja dari kerajaan, tak kira apa saja, bangkang. Walaupun pun itulah yang mereka mahukan pada mulanya.

Mahfuz berkata hanya demonstrasi haram oleh dungu2 sahaja boleh mewujudkan pilihanraya yang adil dan bersih. Macammana tu? dungu yang mana satu yang boleh hasil perkara ini? dimana logik ayat ini pun kita tak tahu. Kalau dah nama pun dungu, macam mana kita nak harap mereka ini boleh mewujudkan apa2 pun.

Kenapa aku panggil dia orang ni dungu? sebab mereka tak boleh fikir dan hanya mengikut S.Ambiga. Ada pulak buat demo tuntut nak guna ink bila teknologi biometrik dah sedia ada. Ada pulak tuntut akses media yang lebih adil (dari SPR pulak tu) untuk parti2 politik bila media2 pembangkang pun tak bagi ruang kepada Kerajaan. Yang best sekali, demo tuntut pilihanraya bersih bila 5 negeri dah pun ditawan pembangkang, adakah itu maknanya pembangkang menang secara kotor?

Mahfuz juga berkata penubuhan ini meragukan kerana ianya diketuai oleh seorang Menteri. Katanya lagi selain SPR, rakyat juga mempertikai BN dalam hal ini, jadi ianya karut jika pihak2 yang dipertikai boleh memperbaiki amalan pilihanraya. Apa ke benda la, dah kerajaan yang menubuhkan jawatankuasa ini, mesti la kena pilih orang kerajaaan jadi ketua. Ada ke kerajaan Selangor pilih BN jadi ketua Selcat? atau ada ke kerajaan Kelantan pilih UMNO jadi ketua Majlis Syura mereka?

Mahfuz minta lagi yang keanggotaan jawatankuasa itu patut diputuskan di parlimen. Ni lagi aku tak paham. Kalau dah majoriti di parlimen tu BN tentulah apa yang dicadangkan oleh DS Nazri yang akan diambil.

Akhir sekali, Mahfuz berkata "kita bukan mahukan jawapan, kita mahukan perubahan..". Nampaknya, Mahfuz dah menjadi juru cakap pertubuhan haram Bersih. Jelas disini, tuntutan Bersih bersifat politik kerana ianya didalangi oleh ahli politik. Agaknya sebab itu dungu2 PAS terima bulat2 apabila PAS tukar dari Kerajaan Islam ke Kerajaan Kebajikan. Tentu PAS kata pada penyokong2 mereka, jangan minta jawapan kenapa kita tukar dari Islam ke Kebajikan, tapi terimalah perubahan ini.

Jawapan akan menjelaskan keraguan, sesudah keraguan menjadi jelas barulah dari situ kita rangka perubahan yang sewajarnya. Bukankah itu yang lebih molek.

Wednesday, August 17, 2011

Lagi cerita ralat sistem spr

MK melaporkan ada ralat dengan sistem SPR bila mereka katakan Kini pengundi dengan MyKad tidak wujud dikesan!

Kalau dalam kes Mismah, SPR telah membuktikan mereka berada dipihak yang benar pasti ini juga hanyalah satu mainan dari MK.

Sekarang aku cuma tunggu PAS nak meloncat atas isu ini. Yang aku pelik sangat ni, macam mana MK boleh dapat nombor2 IC yang ralat dari sistem SPR ni? macam dah kerap sangat dah ni.

Apapun pasti SPR yang mesra pengundi sekarang ini akan mengeluarkan kenyataan dalam masa yang terdekat ini.

Demi Politik, PAS Keluar Fatwa

Hasil tulisan terbaru Pok Nik ini disiarkan pada 17/8 di Harakahdaily.net dengan tajuk asalnya Demi Politik, Umno sanggup pertikai fatwa.

Nampaknya Pok Nik juga keliru dengan isu ini, seperti kebanyakan orang. Mufti Pulau Pinang telah menegaskan bahawa ia bukan fatwa tetapi hanya larangan sahaja ke atas bacaan ayat2 suci Al Quran menggunakan pembesar suara sebelum Subuh. Tegas mufti ini, larangan ini adalah berdasarkan hukum syarak dengan nas2 yang sahih.

Aku telah google larangan bacaan Al-Quran ini, cuba mencari apa2 kenyataan yang dikeluarkan UMNO berkenaan hal ini tetapi tak jumpa. Yang banyak hanya tuduhan dan fitnah (barangkali) yang UMNO menentang larangan yang dikeluarkan mufti Pulau Pinang ini. Apa yang jumpa hanya kenyataan dari DS Jamil Khir Baharom yang mengatakan Kerajaan menghormati keputusan Mufti Pulau Pinang berkenaan larangan ini. Kalau Menteri di Jabatan Perdana Menteri pun akur, pastilah secara rasminya UMNO pun akur.

Dibangkitkan juga negeri Perlis telah lama menguatkuasakan larangan yang sama. Umum tahu Perlis di bawah pentabbiran BN sekian lamanya. Logiknya, jika UMNO tidak menentang ketika larangan ini dikuatkuasa di Perlis, kenapa pula UMNO mahu menentang penguatkuasaan larangan ini di Pulau Pinang?

Yang beria-ia menentang larangan ini ialah NGO Perkasa kerana mereka berpendapat isu ini menyentuh sensitiviti umat islam. Ada juga blogger2 pro-kerajaan berkongsi pendapat dengan Perkasa. Aku fikir blogger2 merasakan larangan ini lebih untuk mengikut arahan DAP dari mengikut syarak. Maklum lah, sebelum ini YB DAP Teresa Kok pernah meminta volume azan direndahkan.

Yang kelakarnya, kerana berita ini mula2 dibawa oleh Berita Harian (BH), maka MalaysiaKini (MK) pun melebelkan akhbar ini milik Umno yang mana selalunya hanya Utusan saja mendapat lebel sedemikian.

Berbalik kepada kenyataan Pok Nik tadi, dituduh pula UMNO mencari balah dengan mufti. Padahal seperti yang aku kata tadi, takde statement pun dari UMNO yang menyanggah keputusan mufti Pulau Pinang. Ditanya pula sejak bila pula UMNO mempertahankan Islam. Bukti UMNO mempertahankan Islam lebih dari PAS ialah setiap negeri dibawah pentadbiran UMNO masjidnya lebih dari 2 buah.

Pada Pok Nik lagi, cara UMNO persembahkan Islam salah. Tercetus pula diminda aku adakah budaya memfitnah segala usaha kerajaan dibawah pemimpin Islam yang bersolat itu persembahan Islam yang betul? berdemo dengan tujuan menjatuhkan kerajaan yang ditunjang umat Islam itu persembahan Islam yang betul?

Lain2 kenyataan Pok Nik didalam tulisan beliau ini hanyalah rapu lagi merapu dari seorang dinasor politik yang cuba meraih undi simpati.
Link

Wednesday, August 3, 2011

pagi MyPR, petang MyKad. Kenapa PAS tidak boleh berfikir?

Sewaktu mula baca artikel ini yang diolah dengan gaya sudah-jatuh-hukum ditambah pula dengan bukti rakaman skrin contoh individu yang bernama Misah serta perihal lengkap masa perkara disemak di website JPN, aku akui bahawa aku sedikit terpengaruh. Artikel ini agak meyakinkan.

Tetapi setelah diselidik, aku menjadi yakin bahawa tuduhan Harakahdaily.net hanya tuduhan peringkat rendah semata yang senang dilapangkan. Tuduhan ini serupa dengan tuduhan RM52b saham bumiputera lesap disonglap UMNO. Logik akal ke atas lesapnya RM52b ialah, bumiputera2 yang telah membeli saham ini sudah menjualkannya kepada non-bumi setelah harga saham2 itu naik! itu sahaja. Jadi untuk menyampaikan pendapat aku mengenai tabiat fitnah PAS dan pembangkang ini, tajuknya aku tukar seperti di atas. Tajuk artikel sebenar Suruhanjaya perlu siasat pagi MyPR, petang MyKad

Siasatan yang dibuat oleh blogger Double-Y, Mismah adalah berstatus PR Malaysia dari tahun 1982 lagi dan beliau juga mempunyai nombor IC lama. Mismah juga telah mendapat taraf warganegara pada Jan-11. Hanya setelah 29 tahun menetap di Malaysia baru Mismah ini dianugerahkan taraf warganegara. Apabila menjadi warganegara, Mismah layak menikmati semua hak2 yang rakyat Malaysia dapat termasuklah mengundi. Jadi tak timbul isu boleh mengundi atau tidak.

Seorang dinasour politik DAP juga pernah membangkitkan sengsara PR kerana masalah jangka masa yang terlalu panjang untuk menjadi warganegara . Nah.. sekarang mereka membuat isu ke atas perkara ini pula.

Untuk menambah-baik pengurusan Pemastautin Tetap, JPN pada Jun-06 mengarahkan semua PR menukar kad pengenalan mereka kepada MyPR yang jauh lebih baik.

Bagi yang kurang biasa dengan system website JPN, elok la cuba ujikaji perkara ini. Pergi ke lama JPN dan klik pada pautan Semakan Status Permohonan MyKad. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan PASTI anda akan dapati Status Permohonan : Kad telah diambil. Status ini diberi kepada semua yang telah mengambil Kad Pengenalan mereka dari JPN tak kira berapa lama sudah pun ia diambil. Hal ini membolehkan pembangkang mengexploitasikan jangka-masa dari pagi ke petang macam yang berlaku ini.

Satu soalan yang bermain di kepala aku ialah, macam mana PAS dan Malaysiakini boleh dapat nombor IC Mismah serta senarai PR untuk mereka putar-belitkan isu ini?