Thursday, September 29, 2011

Hudud: Pakatan pemati hasrat Datuk Niz Aziz laksaan


Portal berita PAS ini melaporkan, ketiga-tiga parti di dalam Pakatan berpendirian akan mempertahankan dasar yang telah dipersetujui disamping menghormati perbezaan ideologi selepas menghadiri Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) di Pejabat Agung PAS (ewahh.. PAS ada Pejabat Agung lahh..). Ayat ini sendiri penuh dengan putar belit, kalau sudah dasarnya iaitu tiada perlaksanaan hudud sudah dipersetujui dan dasar ini akan dipertahankan, ianya hanya ideologi PAS kenapa Datuk Niz Aziz (DNA) secara tiba2 pula mahu melaksanakannya sekarang?
Kata Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), aspirasi Hudud PAS dihormati, bantahan DAP juga dihormati. TETAPI bukankah apabila hudud PAS diketepikan bermakna bantahan DAP yang menang? adakah ini bermakna bantahan DAP lebih dihormati di dalam Pakatan berbanding aspirasi PAS? adakah ini juga bermakna PKR berjaya mencaturkan PAS untuk tunduk pada DAP?
Kata DSAI lagi PAS terikat dengan apa yang disebut sebagai dasar bersama, semangat perlembagaan dan buku jingga. Ini bermakna selagi PAS bersama pakatan, selagi itulah hudud tidak akan dilaksanakan!

DSAI berkata lagi mereka tidak akan diheret lagi oleh mainan politik UMNO dan BN untuk memecah-belahkan Pakatan. Lapor Harakahdaily lagi, isu hudud bergema ekoran cabaran Tun M.

Ini semata fitnah! Kerana DNA yang mula cungkil hal hudud kemudian Pakatan sendiri yang menembak mati aspirasi PAS ini (demi menghormati DAP!). Utusan melaporkan, memandangkan beliau bukan lagi PM, Tun M menggesa di Tanjung Malim pada 21-Sep-11 supaya DNA melaksanakan hudud sekarang. Manakala laporan berita paling awal yang aku jumpa berkenaan hasrat terbaru DNA untuk undang2 hudud adalah bertarikh 18-Sep-11 di pmbk.gov.my. Perhatikan perbezaan tarikh itu.

Menyalahkan BN, UMNO khususnya dalam semua masalah yang menimpa Pakatan adalah jalan keluar yang paling berkesan untuk Pakatan walaupun semua rakyat yang mahu berfikir tahu akan hakikat disebaliknya.

Seterusnya, Harakahdaily cuba mencipta perbezaan idealogi Islamik antara PM dan TPM apabila melaporkan PM tidak akan memberikan kebenaran perlaksaaan hudud TETAPI TPM bersedia memberikan kebenaran. YANG PELIK tentang laporan ini, DNA tidak pernah pun meminta kebenaran untuk melaksanakan hudud dari PM Najib!

Harakahdaily memberi gambaran DAP mengugut untuk keluar Pakatan HANYA SETELAH MCA dan Gerakan memberikan amaran keluar BN pada UMNO andai UMNO laksanaakan hudud. Isu ini sebenarnya tidak timbul kerana pendirian UMNO mengenai hudud adalah konsisten dari dulu lagi.

Lapor Harakahdaily lagi, isu ini semakin panas apabila DNA rela DAP keluar Pakatan andai menentang perlaksanaan hudud ini dan penubuhan Negara Islam. Nampaknya rela DNA hanya rela-manja.. Hudud Datuk Nik Aziz hanyalah alat untuk menarik sokongan politik semata. Ini jelas terbukti apabila PAS Kedah dan PKR Selangor menolak perlaksanaan hudud!

Monday, September 19, 2011

Apa selepas Nasi Lemak 2.0?

Aku terbaca artikel tentang filem pertama Namewee, Nasi Lemak 2.0 di MSN Malaysia. Menariknya tentang Namewee ini ialah dia menempah masyurnya yang pertama dengan kontroversi2 yang menghina.  Rasanya tidak perlu diulas mengenai karya beliau berkenaan Negarakuku, klip carutan TNB dan lagu Nah.  Semua ini masih boleh di korek di Internet dengan mudah.  Salah satu dari kebebasan bersuara yang dibenarkan di Malaysia walaupun pembangkang mengatakan kebebasan ini tidak wujud.

 
Semua orang pun boleh membuat penilaian sendiri jadi aku juga tidak mahu mengulas tentang kontroversi perjumpaan dengan DS Nazri dan cubaan Namawee bantuan dana dari finas untuk buat filem tajuk 1Malaysia

 
Ada dua kenyataan dari beliau di dalam artikel ini yang menjolok deria aku. yang pertamanya dia kata " Nasi Lemak 2.0" was aimed at Internet-savvy malaysian younsters fed up with official calls for unity by the Malay-dominated goverment that hes been in poer for decades.  Kalau dah disasarkan untuk mahir-internet sahaja, kenapa perlu pawagam? kenapa tidak portal2 cinema berbayar sahaja? bukankan itu lebih sesuai dengan sasaran beliau. 

  1. Apa masalahnya dengan "Malay-dominated goverment" apabila negara ini majoriti penduduknya adalah Melayu? Bukankah sememangnya wajar kerajaan didominasi oleh orang2 Melayu kerana mereka adalah majoriti?
  2. Kenapa salahkan "Malay-dominated goverment" apabila yang tak mahu bersatu ialah bangsa2 lain.   
  3. Apa kena mengena cerita perihal tukang masak cina rasis yang nak belajar memasak nasi lemak dengan panggilan kerajaan supaya rakyat bersatu? 

 
Kenyataan kedua beliau iaitu "Our goverment always treats the people who are against them of disagree with them as criminals, " he added, referring to the threatened sedition charges.  Kenyataan ini keluar mungkin kerana gagal mendapatkan bantuan kewangan dari Finas untuk filem beliau.  Aku merasakan namewee ini menganggap beliau adalah dari golongan yang "against the goverment" maka dia dengan songsangnya rasa telah dilayan sebagai penjenayah.  Aku kata sonsang kerana dengan mudah dia dapat berjumpa DS Nazri di Parlimen, diluar etika berpakaian Parlimen dan sekarang beliau mungkin "fast-track" jumpa PM maka memang tidak wajar dia berperasaan demikian.  Adakah penjenayah boleh buat filem? adakah filem seorang penjenayah akan dibenarkan untuk tayangan umum? Dia dilayan seperti penjenayah bukan oleh kerajaan tapi oleh rakyat Malaysia di atas kesalahan2 yang telah dia buat.  Ya..aku berpendapat karya2 kontroversi dia adalah jenayah di mata majoriti rakyat Malaysia.  Maka kerana itu dia masih bebas berkeliaran di luar penjara kerana jika dia adalah penjenayah pada pandangan kerajaan Malaysia pasti dia akan meringkuk di dalam penjara.

 

Wednesday, September 7, 2011

Pas Mahu Sejarah Pra-Merdeka Ditulis Semula - TheSun

Pas menggesa kerajaan membentuk jawatankuasa kabinet bagi menulis semula sejarah negara sebelum merdeka. Kata mereka lagi, perkara ini patut dibuat sekiranya kerajaan ikhlas dalam mengiktiraf pejuang2 kemerdekaan negara.

Dua perenggan pertama artikel di The Sun ini sudah memanaskan hati aku. Pertamanya aku panas kerana gesaan menulis semula sejarah Malaysia ini datang dari orang melayu sendiri ! kenapa ada orang melayu yang mahu mensia-siakan perjuangan dan pengorbanan bangsa mereka sendiri, diluar pemahaman minda aku. Keduanya apa yang PAS tahu tentang sejarah, cubaan menulis semula sejarah oleh PAS atau pihak2 yang bukan ahli hanya akan jadi seperti tikus membaiki labu ! ketiganya gesaan ini datang dari pihak yang sengaja melupakan sejarah penubuhan negara Islam bagi meraih undi orang bukan islam ! setelah berapa ramainya melayu Islam diluar PAS dikafirkan, setelah berapa kali insiden dua imam direkodkan, setelah umat Islam dipecah-belahkan dek kerana matlamat negara Islam PAS, kemudian begitu mudahnya ia digantikan dengan Negara Kebajikan !

PAS berkata lagi kerajaan boleh panggil wakil dari semua pihak untuk mengangotai jawatankuasa ini. Kalau ini berlaku, pastinya buku sejarah kemerdekaan Malaysia akan jadi yang paling tebal di dunia kerana pasti semua pihak mahu sumbangan mereka direkodkan ke dalam sejarah Malaysia. Pelajar2 di Malaysia pasti kena habis masa 1-2 tahun semata-mata untuk belajar sejarah kemerdekaan Malaysia.

Lupakan kita pada isu Novel Interlok? bagaimana isu ini dipolitikkan hingga perkataan biasa seperti kasta dan paria menjadi taboo walaupun ianya adalah hakikat pada sesuatu kaum? ini adalah salah satu contoh 'suntingan' yang pasti berlaku jika sejarah ditulis semula !

Setelah agensi2 kerajaan seperti PDRM, SPRM, dan SPR diperlecehkan, aku melihat usaha PAS ini adalah untuk memperlecehkan pula sumbangan dan jasa UMNO ke atas kemerdekaan Malaysia. Mereka cuba memadam budi UMNO ke atas Malaysia yang merdeka ini. Jijik! Tetapi inilah yang perlu mereka lakukan untuk meraih undi dari orang2 melayu yang setia kepada UMNO.

Di beberapa perenggan kemudian, PAS mengatakan mereka akan menjemput TPM (dan bukannya KJ) untuk berbahas dengan Mohd Sabu berkenaan tragedi Bukit Kepong kerana TPM kata Mohd Sabu, selalu menyuruh dia bertaubat. PAS juga menggesa mangsa2 serangan Bukit Kepong yang merasakan tidak dibayar degnan setimpalnya supaya menerima cadangan peguam PAS untuk menuntut bayaran ganti rugi dari kerajaan British seperti mana mangsa2 pembunuhan beramai-ramai Batang Kali yang telah berjaya dengan tuntutan mereka.

Tidak perlulah TPM melayan karenah mengarut PAS ini, pertamanya kerana PAS BUKAN AHLI SEJARAH! JAIS dan Gareja DUMC juga menolak untuk bertemu PAS. Malah makcik salah seorang waris mangsa serangan Bukit Kepong pun menolak untuk bertemu dengan PAS. Di sini jelas kita dapat melihat kedudukan PAS, bukan sebuah badan yang layak dibawa berbincang. Hanya sesuai dikerah sebagai peserta demo dan pembuat kacau.

Tuesday, September 6, 2011

Mohamad Sabu Gali Kubur Bangsa Sendiri

Walaupun pendapat tentang hal ini sudah pelbagai, tetapi aku macam terpanggil untuk turut serta mencampakkan sedikit cetusan minda aku berkaitan hal ini. Tajuk di harakahdaily.net ialah Umno Gali Kuburnya Sendiri - Mohamad Sabu. Tetapi aku lebih suka andai tajuk aku ini dijadikan ganti.

Umum tahu sekian lamanya komunis di Malaysia diperangi bukan sahaja diperingkat kerajaan malah di peringkat rakyat biasa tanpa mengira bangsa. Bahan2 bacaan mengenai cerita2 kekejaman komunis terlalu banyak dan tiada siapa pun yang mempertikaikan hal itu. Tetapi kini, Mohamad Sabu cuba dengan dangkalnya berani mengangkat pejuang komunis, Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Alasan ceteknya hanya satu iaitu filem Bukit Kepong yang diarah oleh orang UMNO iaitu Jins Samsudin yang mengisahkan insiden serangan Balai Polis Bukit Kepong oleh komunis. Mohamad Sabu mengatakan yang polis2 Melayu disitu berkhidmat untuk penjajah British dan Mat Indera pula ialah seorang melayu yang mengetuai komunis yang menentang penjajah British.

Inilah yang dikatakan kemuncak gila PAS, apa saja yang berkaitan dengan UMNO, walau jasa sebesar manapun mesti ditolak, dipadamkan dari sejarah jika perlu !! Dan lebih parah lagi apabila juak2 PAS tanpa mengira kedudukan menyokong kenyataan ini seolah-olah tiada yang mempu berfikir sebaliknya.

PAS kelihatan bersendirian dalam mempertahankan orang nombor 2 mereka. PKR belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi. DAP melalui Karpal 'langkah-mayat-saya-dulu' Singh, mengatakan Mohamad Sabu tidak bijak dalam hal ini, peristiwa Bukit Kepong, pejuang kemerdekaan seperti Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak wajar dipertikaikan.

Artikel di harakahdaily ini juga menunjukkan Mohamad Sabu yakin sangat yang Buku Pengukir Nama Johor terbitan YWJ pada 2004 adalah penguat hujah beliau. Malangnya, buku ini tidak pernah mengatakan Mat Indera seorang pejuang kemerdekaan. Tidak perlu disini aku perihalkan riwayat hidup Mat Indera ini. Serta tidak perlu juga aku ceritakan perjalanan gerakan politik watak ini sini yang jelas telah terpesong kerana sejak disensaikan oleh Mohd Sabu, banyak cerita mengenai beliau sudah dicungkil keluar.

Menariknya, tajuk buku ini tidak bertentangan dengan sumbangan sebenar ahli komunis ini. Ukir mengukir tidak semestinya sesuatu yang indah. Hitler juga boleh dianggap sebagai pengukir negara Jerman begitu juga Gadaffi ke atas negara Libya.

Moga2 Allah memberikan petunjuk dan hidayahnya kepada kita semua.