Friday, June 15, 2012

Haji atau Pilihanraya

Artikel asal di dalam Harakahdaily.net kali ni agak panjang, 2,350 patah perkataan, siap disertakan dengan senarai rujukan. Jadi kita boleh bayangkan kajian yang agak mendalam yang dibuat oleh penulisnya, Muhamad Zuhaili Saiman (Pengerusi Felo MANHAL PMRAM 2012).

Hujah2 yang diberikan dalam artikel ini, tidak lain tidak bukan adalah untuk menyuntik akal penyokong2 PAS bahawa mengundi lebih utama maka ibadah haji patut ditangguhkan andai PM isytihar tarikh pilihanraya  pada musim haji akan datang ini.

Saya bukan bijak pandai agama tapi pengetahuan saya cukup untuk merumuskan 2 perkara berikut.

1. Orang2 UMNO malah ramai menteri2 juga akan pergi menunaikan haji.  Jadi, MUSTAHIL untuk PM umumkan tarikh pilihan raya pada musim haji ini.

2. Adakah PAS lebih takutkan pengundi hantu yang tidah pernah dibuktikan kewujudannya berbanding dengan kemustajaban doa di Mekah (kerana ada lebih 10 tempat2 doa mustajab di Mekah), sekaligus berperasangka yang Allah tidak akan mengakbulkan doa penyokong2 mereka?

Saya nak ambil dua saja dari banyak2 hujah penulis ini iaitu dibawah tajuk kecil Feqh Muwazanat:

3- Kesan tidak melaksanakan Haji pada tahun tersebut akan memberikan mudharat individu tersebut sahaja (iaitu masih belum melaksanakan kewajipan Haji) dan kewajipan tersebut boleh diganti dengan peluang pada tahun-tahun yang akan datang. Kesan tidak mengundi akan memberikan kesan yang umum (apabila pihak Islam dikalahkan oleh pihak yang menolak perjuangan Islam) dan kesannya adalah sepanjang tempoh 5 tahun iaitu Islam tidak dapat memerintah dan kezaliman akan memerintah sepanjang tempoh tersebut.

Saya nak tanyalah juga, sebab sekarang ni Pas dah kata negara Islam takde dalam Al Quran dan sebagai ganti akan memperjuangkan negara kebajikan maka pihak mana yang menolak perjuangan Islam itu?  kemudian, adakah penulis merujuk kepada pemerintahan kerajaan Pas Kelantan yang menzalimi rakyat negeri itu dengan kegagalan mereka dalam memberikan kemudahan asas air bersih akan berterusan selama 5 tahun lagi?

Di dalam penjelasan terakhirnya pula:
4- Jika bertembung antara 2 kewajipan iaitu ibadah Haji dan mengundi maka sebagaimana perbincangan di atas, diutamakan mengundi. Sirah menunjukkan bahawa jenazah Nabi SAW dikebumikan selepas para sahabat berbincang melantik ketua pemimpin. Besarnya kewajipan melantik pemimpin sehingga dilewatkan pengebumikan jenazah baginda SAW.


Contoh yg di bagi ni pasti akan membuatkan semua penyokong2 PAS menundakan ibadah haji mereka tanpa sebarang sesalan.  Ada pendapat yang mengatakan antara sebab2 jenazah Rasulullah SAW lambat dikebumikan adalah kerana masyarat Islam ketika itu tidak dapat menerima hakikat kemangkatan Rasulullah.

Di kalangan para sahabat juga tidak dapat memutuskan secara konsesus cara2 untuk mengendalikan jenazah baginda ditambah pula tiada seorang pun dari sahabat2 Rasulullah SAW yg merasakan mereka tidak layak untuk mengimami solat jenazah baginda.  Maka, semuanya bersolat jenazah sendirian.

Ada juga yang berpendapat bahawa terlalu ramai telah datang untuk bersembahyang jenazah untuk baginda, ada yang mengatakan sehingga 124,000 orang menunaikan solat jenazah untuk baginda yang memakan masa sehingga 4 hari 4 malam !

Menunaikan haji adalah rukun Islam, jatuh wajib bila cukup kiraannya.  Pengurusan jenazah pula cuma fardhu kifayah.  Perbezaannya sangat ketara.  Memang tidak dapat dinafikan mengangkat pemimping itu sangat penting tetapi situasi semasa di Malaysia adalah sangat berbeza dengan situasi semasa zaman kewafatan Rasulullah.

Tetapi penyokong2 dan pemimpin2 PAS tak perlu risau kerana PM adalah seorang Islam dan beliau mengetahui pentingnya ibadah haji untuk umat Islam di Malaysia.  Cuma peransangka buruk pemimpin2 PAS terhadap pemimpin2 UMNO yang sama ugama dengan mereka sangat2 menjengkelkan.

Sudah 12 kali PRU diadakan, belum pernah lagi dalam sejarah Malaysia PRU dijalankan dalam musim haji.  Kerana apa? Kerana Perdana Menteri Malaysia adalah beragama Islam!



Thursday, June 14, 2012

Bila DYMM Tuanku Sultan Bertitah..



Sebahagiannya ..

BARU-BARU INI, ADA PEMIMPIN POLITIK YANG SECARA TERANG-TERANG MENGKRITIK TINDAKAN SAYA MEMBIDA NOMBOR PENDAFTARAN DI J.P.J. ADA-KAH DIA LUPA TENTANG ADAB MELAYU? ATAU SEMEMANGNYA DIA SEORANG YANG JAHIL DAN CETEK AKALNYA?.

JANGANLAH CUBA BERLAGAK PANDAI JIKA TIDAK BERILMU, DAN JANGANLAH MENGELUARKAN KENYATAAN SESUKA HATI JIKA TIDAK TAHU PERKARA YANG SEBENAR. BUKANKAH BERDIAM ITU LEBIH BAIK DARIPADA BERKATA YANG TIDAK BAIK?. KEPADA PEMIMPIN SEPERTI INI, NASIHAT SAYA “JANGANLAH SIBUK MENCARI KUDIS DI KAKI ORANG LAIN, SEDANGKAN TOKAK DI KAKI SENDIRI TIDAK MAMPU DIUBATI.”

SETIAP TINDAKAN YANG SAYA BUAT ADALAH MENGIKUT CARA DAN JALAN YANG BETUL, DAN SETIAP KEBAJIKAN YANG SAYA BUAT JUGA TIDAK PERLU DIPERBESARKAN.

TINDAKAN PEMIMPIN INI BUKAN SAHAJA MENDATANGKAN KEMURKAAN KEPADA SAYA, TETAPI JUGA SATU PENGHINAAN KEPADA RAKYAT DAN KEDAULATAN NEGERI JOHOR. SAYA HARAP DIA SEDAR SIAPA DIRI DIA, DAN KESILAPAN YANG TELAH DIBUAT. JIKA DIA HENDAK MINTA MAAF, MINTALAH MAAF KEPADA SEMUA RAKYAT JOHOR, BUKAN KEPADA SAYA SEORANG SAHAJA. PEPATAH MELAYU SERING MENGINGATKAN, “TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA”.


Klik sini untuk ucapan penuh Sultan Johor.  Kita semua tahu siapa yg Tuanku maksudkan..





Friday, March 16, 2012

Dewan Rakyat gamat sebab perkataan 'contingent'?


Bosan juga bila nak mengungkit cerita2 lama ni, tapi nak tulis jugak la.  Katanya gamat di Dewan Rakyat semalam (14-Mar-12) bila mana Azmin buat kecoh dan sembrononya menuduh TS Anifah Aman (TSAA) tak pandai berbahasa Enggeris sebab tak faham kenyataan kontroversi DS Anwar Ibrahim (DSAI) di WSJ berkaitan .



Yang dibangkitkan oleh TSAA ialah kenyataaan "I support all efforts to protect the security of the state of Israel"  menunjukkan sokongan yang tidak berbelah-bagi oleh DSAI untuk keselamatan negara Israel.  Yang dibangkang oleh Azmin Ali ialah kononya TSAA tak baca habis kenyataan DSAI termasuk ayat "contingent on israel respecting the aspirations of Palestinians".

Untuk aku, tak perlu pandai sangat bahasa Enggeris untuk faham kenyataan DSAI tu.  Kenyataan DSAI dalam WSJ tu tak guna perkataan2 bombastic pun, ianya bukan ayat2 sastera melayu lama, dan bukannya hadis2 atau ayat2 al-quran yang hanya ahlinya saja yang boleh tafsir.  Aku berpendapat TSAA dan majoriti pembaca adalah betul.

Ayat "A step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians"..

datang selepas ayat "he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state".. (ayat ini DSAI sengaja tak sebut dalam dewan rakyat pada 13-Mar-12). 

MAKNANYA, ayat yang ada perkataan contingent tu merujuk pada "open diplomatic ties"..

BUKANNYA merujuk kepada "all effort to protect the security of the state of Israel"..

Jadi, siapa yang tak faham bahasa Enggeris sekarang ni?

apa tujuan DSAI keluarkan kenyataan tu tak perlulah kita bincang pada masa ini lagipun dah banyak sangat perbincangan mengenainya hingga sampai ker parlimen pun.  Mudahkan :)

Tuesday, February 14, 2012

Valentine Day

Idea meraikan sambutan hari Valentine oleh orang Islam ditentang oleh kebanyakan umat Islam.  Tetapi jangan salah sangka kerana  Islam tidak pernah menghalang atau menyoal orang bukan Islam dari meraikan sambutan ini. Walaupun begitu, banyak bukan islam yang menganggap Islam mundur dan sempit kerana menghalang penganut2nya dari meraikan sambutan Hari Kekasih ini.  Ini tidak wajar kerana Islam tidak pernah menyoal kekangan2 yang ada pada agama2 lain.

Dikalangan umat Islam sendiri banyak yang berpendirian menyokong, ada yang berpendirian membantah dan tak kurang juga yang menyuarakan pandangan mirip pada tidak berpendirian.  Malah, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) juga tidak secara khusus meletakkan perkataan HARAM kepada perayaan ini di dalam fatwa yang dikeluarkannya walaupun mengatakan sambutan ini tidak pernah dianjurkan oleh Islam dan roh sambutan ini berciri kristian serta bercampur dengan perbuatan maksiat lalu menjadikannya bercanggah dengan Islam.

Bukti kepada Islam tidak pernah menganjurkan perayaan ini adalah asal-usul perayaan ini sendiri yang bersangkut paut secara terus dengan agama Kristian iaitu untuk mengingati hari kematian Saint Valentine, seorang paderi Kristian yang dikatakan mati demi menegakkan agama anutannya iaitu agama Kristian.  Jadi, masihkan wajar seorang muslim mempersoalkan larangan sambutan hari kekasih ini ke atasnya?


Bukti kepada menjurusnya maksiat dari sambutan ini adalah jualan kondom meningkat bersempena sambutan ini disusuli pula dengan kemuncak peningkatan jualan alat ujian kehamilan.   Andai ini bukan tanda meningkatnya aktiviti maksiat, apa lagi yang boleh kita rumuskan dari maklumat ini.   Kajian oleh sebuah universiti di Bangkok pula menunjukkan golongan muda adalah yang paling berminat untuk menyerahkan dara pada sambutan hari kekasih.

Malah kerajaan Kemboja juga katanya akan mengambil langkah2 untuk menghalang remaja2 mereka dari terjebak dengan kegiatan seksual yang tidak bertanggungjawab pada sambutan Hari Kekasih.  Data dari kajian Kerajaan itu juga menunjukkan gadis2 yang telah mengadakan seks sebelum kahwin lebih cenderong untuk meninggalkan pelajaran dan lebih mudah untuk mendapat tekanan perasaan.

Sebagai umat Islam di Malaysia, penulis berpendirian wajiblah kita patuh kepada ketetapan PUM sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga umat Islam di negara ini.  Walaupun rangkuman penyambutan hari kekasih dilebarkan diluar pasangan kekasih hingga ke pasangan suami isteri serta dari anak2 untuk ibu bapa mereka, dasarnya tetap sama iaitu, umat Islam tidak perlu sambutan hari kekasih kerana percanggahannya dengan nilai2 agama.

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh  Abu Daud iaitu "sesiapa yang menerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut" adalah yang paling relevan sekali untuk umat Islam terus meninggalkan dan menjauhkan diri dari sambutan ini.


Friday, February 10, 2012

kretek minna


Kata2 aluan yg dicetak pada belakang rokok ni begitu puitis :)

Tuesday, January 3, 2012

Selamat Tahun Baru 2012..


Penulis ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua yang telah sudi melayari dan telah meluangkan masa membaca tulisan penulis yang selayaknya ada di blog maya sahaja.  Penulis in boleh dikatakan sangat hijau dalam bidang penulisan blog ini.  Perlu diakui disini, tulisan2 di blog ini lebih menjurus kepada ulasan2 berkaitan isu2 politik terutama kontrast kepada suara maya rasmi parti Pas, www.harakahdaily.net.

Harapan dan doa penulis  untuk tahun 2012 semoga semua penulis2 blog bijaksana dalam menyampaikan cetusan minda mereka dan menjauhi fitnah.  Untuk pembaca2 blog pula penulis berharap mereka lebih rasional dalam menukilkan komen2, Jauhi tulisan2 yang menjurus kepada fitnah apatah lagi turut serta memfitnah.


Al-Mumtahana (60) : 5
رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
60.5. “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.
credit: fazzaro.