Tuesday, February 14, 2012

Valentine Day

Idea meraikan sambutan hari Valentine oleh orang Islam ditentang oleh kebanyakan umat Islam.  Tetapi jangan salah sangka kerana  Islam tidak pernah menghalang atau menyoal orang bukan Islam dari meraikan sambutan ini. Walaupun begitu, banyak bukan islam yang menganggap Islam mundur dan sempit kerana menghalang penganut2nya dari meraikan sambutan Hari Kekasih ini.  Ini tidak wajar kerana Islam tidak pernah menyoal kekangan2 yang ada pada agama2 lain.

Dikalangan umat Islam sendiri banyak yang berpendirian menyokong, ada yang berpendirian membantah dan tak kurang juga yang menyuarakan pandangan mirip pada tidak berpendirian.  Malah, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) juga tidak secara khusus meletakkan perkataan HARAM kepada perayaan ini di dalam fatwa yang dikeluarkannya walaupun mengatakan sambutan ini tidak pernah dianjurkan oleh Islam dan roh sambutan ini berciri kristian serta bercampur dengan perbuatan maksiat lalu menjadikannya bercanggah dengan Islam.

Bukti kepada Islam tidak pernah menganjurkan perayaan ini adalah asal-usul perayaan ini sendiri yang bersangkut paut secara terus dengan agama Kristian iaitu untuk mengingati hari kematian Saint Valentine, seorang paderi Kristian yang dikatakan mati demi menegakkan agama anutannya iaitu agama Kristian.  Jadi, masihkan wajar seorang muslim mempersoalkan larangan sambutan hari kekasih ini ke atasnya?


Bukti kepada menjurusnya maksiat dari sambutan ini adalah jualan kondom meningkat bersempena sambutan ini disusuli pula dengan kemuncak peningkatan jualan alat ujian kehamilan.   Andai ini bukan tanda meningkatnya aktiviti maksiat, apa lagi yang boleh kita rumuskan dari maklumat ini.   Kajian oleh sebuah universiti di Bangkok pula menunjukkan golongan muda adalah yang paling berminat untuk menyerahkan dara pada sambutan hari kekasih.

Malah kerajaan Kemboja juga katanya akan mengambil langkah2 untuk menghalang remaja2 mereka dari terjebak dengan kegiatan seksual yang tidak bertanggungjawab pada sambutan Hari Kekasih.  Data dari kajian Kerajaan itu juga menunjukkan gadis2 yang telah mengadakan seks sebelum kahwin lebih cenderong untuk meninggalkan pelajaran dan lebih mudah untuk mendapat tekanan perasaan.

Sebagai umat Islam di Malaysia, penulis berpendirian wajiblah kita patuh kepada ketetapan PUM sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga umat Islam di negara ini.  Walaupun rangkuman penyambutan hari kekasih dilebarkan diluar pasangan kekasih hingga ke pasangan suami isteri serta dari anak2 untuk ibu bapa mereka, dasarnya tetap sama iaitu, umat Islam tidak perlu sambutan hari kekasih kerana percanggahannya dengan nilai2 agama.

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh  Abu Daud iaitu "sesiapa yang menerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut" adalah yang paling relevan sekali untuk umat Islam terus meninggalkan dan menjauhkan diri dari sambutan ini.


Friday, February 10, 2012

kretek minna


Kata2 aluan yg dicetak pada belakang rokok ni begitu puitis :)