Friday, June 15, 2012

Haji atau Pilihanraya

Artikel asal di dalam Harakahdaily.net kali ni agak panjang, 2,350 patah perkataan, siap disertakan dengan senarai rujukan. Jadi kita boleh bayangkan kajian yang agak mendalam yang dibuat oleh penulisnya, Muhamad Zuhaili Saiman (Pengerusi Felo MANHAL PMRAM 2012).

Hujah2 yang diberikan dalam artikel ini, tidak lain tidak bukan adalah untuk menyuntik akal penyokong2 PAS bahawa mengundi lebih utama maka ibadah haji patut ditangguhkan andai PM isytihar tarikh pilihanraya  pada musim haji akan datang ini.

Saya bukan bijak pandai agama tapi pengetahuan saya cukup untuk merumuskan 2 perkara berikut.

1. Orang2 UMNO malah ramai menteri2 juga akan pergi menunaikan haji.  Jadi, MUSTAHIL untuk PM umumkan tarikh pilihan raya pada musim haji ini.

2. Adakah PAS lebih takutkan pengundi hantu yang tidah pernah dibuktikan kewujudannya berbanding dengan kemustajaban doa di Mekah (kerana ada lebih 10 tempat2 doa mustajab di Mekah), sekaligus berperasangka yang Allah tidak akan mengakbulkan doa penyokong2 mereka?

Saya nak ambil dua saja dari banyak2 hujah penulis ini iaitu dibawah tajuk kecil Feqh Muwazanat:

3- Kesan tidak melaksanakan Haji pada tahun tersebut akan memberikan mudharat individu tersebut sahaja (iaitu masih belum melaksanakan kewajipan Haji) dan kewajipan tersebut boleh diganti dengan peluang pada tahun-tahun yang akan datang. Kesan tidak mengundi akan memberikan kesan yang umum (apabila pihak Islam dikalahkan oleh pihak yang menolak perjuangan Islam) dan kesannya adalah sepanjang tempoh 5 tahun iaitu Islam tidak dapat memerintah dan kezaliman akan memerintah sepanjang tempoh tersebut.

Saya nak tanyalah juga, sebab sekarang ni Pas dah kata negara Islam takde dalam Al Quran dan sebagai ganti akan memperjuangkan negara kebajikan maka pihak mana yang menolak perjuangan Islam itu?  kemudian, adakah penulis merujuk kepada pemerintahan kerajaan Pas Kelantan yang menzalimi rakyat negeri itu dengan kegagalan mereka dalam memberikan kemudahan asas air bersih akan berterusan selama 5 tahun lagi?

Di dalam penjelasan terakhirnya pula:
4- Jika bertembung antara 2 kewajipan iaitu ibadah Haji dan mengundi maka sebagaimana perbincangan di atas, diutamakan mengundi. Sirah menunjukkan bahawa jenazah Nabi SAW dikebumikan selepas para sahabat berbincang melantik ketua pemimpin. Besarnya kewajipan melantik pemimpin sehingga dilewatkan pengebumikan jenazah baginda SAW.


Contoh yg di bagi ni pasti akan membuatkan semua penyokong2 PAS menundakan ibadah haji mereka tanpa sebarang sesalan.  Ada pendapat yang mengatakan antara sebab2 jenazah Rasulullah SAW lambat dikebumikan adalah kerana masyarat Islam ketika itu tidak dapat menerima hakikat kemangkatan Rasulullah.

Di kalangan para sahabat juga tidak dapat memutuskan secara konsesus cara2 untuk mengendalikan jenazah baginda ditambah pula tiada seorang pun dari sahabat2 Rasulullah SAW yg merasakan mereka tidak layak untuk mengimami solat jenazah baginda.  Maka, semuanya bersolat jenazah sendirian.

Ada juga yang berpendapat bahawa terlalu ramai telah datang untuk bersembahyang jenazah untuk baginda, ada yang mengatakan sehingga 124,000 orang menunaikan solat jenazah untuk baginda yang memakan masa sehingga 4 hari 4 malam !

Menunaikan haji adalah rukun Islam, jatuh wajib bila cukup kiraannya.  Pengurusan jenazah pula cuma fardhu kifayah.  Perbezaannya sangat ketara.  Memang tidak dapat dinafikan mengangkat pemimping itu sangat penting tetapi situasi semasa di Malaysia adalah sangat berbeza dengan situasi semasa zaman kewafatan Rasulullah.

Tetapi penyokong2 dan pemimpin2 PAS tak perlu risau kerana PM adalah seorang Islam dan beliau mengetahui pentingnya ibadah haji untuk umat Islam di Malaysia.  Cuma peransangka buruk pemimpin2 PAS terhadap pemimpin2 UMNO yang sama ugama dengan mereka sangat2 menjengkelkan.

Sudah 12 kali PRU diadakan, belum pernah lagi dalam sejarah Malaysia PRU dijalankan dalam musim haji.  Kerana apa? Kerana Perdana Menteri Malaysia adalah beragama Islam!



Thursday, June 14, 2012

Bila DYMM Tuanku Sultan Bertitah..



Sebahagiannya ..

BARU-BARU INI, ADA PEMIMPIN POLITIK YANG SECARA TERANG-TERANG MENGKRITIK TINDAKAN SAYA MEMBIDA NOMBOR PENDAFTARAN DI J.P.J. ADA-KAH DIA LUPA TENTANG ADAB MELAYU? ATAU SEMEMANGNYA DIA SEORANG YANG JAHIL DAN CETEK AKALNYA?.

JANGANLAH CUBA BERLAGAK PANDAI JIKA TIDAK BERILMU, DAN JANGANLAH MENGELUARKAN KENYATAAN SESUKA HATI JIKA TIDAK TAHU PERKARA YANG SEBENAR. BUKANKAH BERDIAM ITU LEBIH BAIK DARIPADA BERKATA YANG TIDAK BAIK?. KEPADA PEMIMPIN SEPERTI INI, NASIHAT SAYA “JANGANLAH SIBUK MENCARI KUDIS DI KAKI ORANG LAIN, SEDANGKAN TOKAK DI KAKI SENDIRI TIDAK MAMPU DIUBATI.”

SETIAP TINDAKAN YANG SAYA BUAT ADALAH MENGIKUT CARA DAN JALAN YANG BETUL, DAN SETIAP KEBAJIKAN YANG SAYA BUAT JUGA TIDAK PERLU DIPERBESARKAN.

TINDAKAN PEMIMPIN INI BUKAN SAHAJA MENDATANGKAN KEMURKAAN KEPADA SAYA, TETAPI JUGA SATU PENGHINAAN KEPADA RAKYAT DAN KEDAULATAN NEGERI JOHOR. SAYA HARAP DIA SEDAR SIAPA DIRI DIA, DAN KESILAPAN YANG TELAH DIBUAT. JIKA DIA HENDAK MINTA MAAF, MINTALAH MAAF KEPADA SEMUA RAKYAT JOHOR, BUKAN KEPADA SAYA SEORANG SAHAJA. PEPATAH MELAYU SERING MENGINGATKAN, “TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA”.


Klik sini untuk ucapan penuh Sultan Johor.  Kita semua tahu siapa yg Tuanku maksudkan..