Saturday, February 9, 2013

spekulasi huru hara oleh dsai

Lama dah tak menulis di ruang ni.. mungkin sebab minat sudah menjadi pudar atau fokus tersasar sekejap.  Apa pun, hari ni rasa macam nak menulis sesuatu setelah membuka website harakah.

Harakahdaily melaporkan pendapat Presiden Teras (Teras Pengupayaan Melayu), Mohd Azmi Abdul Hamid bahawa huru hara selepas PRU13 hanya spekulasi, satu kenyataan yang dikeluarkan oleh mantan PM iaitu Tun M. Beliau berpendapat ia sesuatu yang malang bila DS Najib menerima spekulasi ini sebagai sesuatu yang akan berlaku.

Yang hairan bin ajaibnya bila Mohd Azmi ni tak sebut langsung PUNCA kepada Tun M punya spekulasi. Langsung tak disebut nama Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Tak dak.. Zero.. Kosong.. Il lek po cik.. Nehi.. Pu yauu..


Bila dah baca sampai habis seolah macam tiba-tiba saja Tun M cakap benda ni.  Yang ada akal mesti akan bertanya dan mencari PUNCA kenapa Tun M cakap perkara ni.  Tapi dah jenis dungu-dungu Pakataik, apa saja dia orang akan terima bulat-bulat walau pangkat setinggi mana pun.

Kalau dalam artikel tu tulis sebaris ayat contohnya macam:

spekulasi Tun Mahathir ini berdasarkan kepada ucapan/ kenyataan/ ugutan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berada di Australia...


Ini pun cukup dah untuk beri sedikit keadilan pada Tun M. Bukan itu saja, sepanjang artikel itu, mantan PM ini hanya disebut namanya saja tanpa gelaran TUN.  Mana hilangnya sikap hormat menghormati presiden Teras ini? budaya ni ke yang kita nak wariskan kepada anak-anak kita?