Friday, July 19, 2019

Zeti Aziz Pun Berkomplot Pekena Najib Ke?

Sukar di percayai, sebab image Zeti Aziz yg nampak baik.

Julai 2018, Zeti nafi tahu tentang derma pak arab ke DSN.
Sumber: https://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/zeti-buat-kenyataan-nafi-dakwaan-najib-beliau-tahu-pasal-akaun-rm2-6-billion.html

Kemudian, setahun lepas tu terdedah dalam mahkamah memang Zeti tahu tentang derma tok arab pada DSN.
Sumber: https://nthqibord.com/2019/07/19/sah-zeti-aziz-terima-2-surat-derma-arab-kepada-najib/

Zeti pun komplot ke?

Monday, June 17, 2019

1MDB : Linked But Not Related by The Star

How is that so ? the title states that it is linked to 1MDB but only after the 4th para, it says not related pulak.  So the quest to vilify former PM of Malaysia continues.  Obviously to attract readers at the expense of DSN.  It is actually sickening by now when newspaper still have to rely on this issue to sell.

Why it is sickening? well, it is because the economy is falling apart by days, the national assets are being sold at crazy rate but its debt is far from reducing, it is no longer manusia dipegang pada janji which are given before PRU14 and worst they dare to go against the promises that made them the government of the day, and all those criminal accusations toward DSN are either not proven or disappear into thin air.

Even more sickening when I see cases against the then opposition members being dropped without credible cause!

Until now, I dare to say that #NajibDidBetter !


Wednesday, March 6, 2019

School dropout turns millionaire at 21

"The biggest difference between those who are successful and those who aren't isn't intelligence, it's people's willing to just start and fail along the way."

Harry Sanders story

Friday, October 5, 2018

Puad Zakarshi : Game Plan Tun M

*PUAD: "GAME PLAN" MAHATHIR*
Oleh Mohd Puad Zarkashi

5 September 2018

Orang yang merasakan dirinya paling tidak selamat sekarang ini ialah Tun Mahathir. Beliau dan PPBM hanya ada 13 kerusi Parlimen. Tetapi ingat, senjata utama iaitu “kuasa” masih di tangannya.

Berdasarkan track record, Mahathir tidak pernah gagal menggunakan kuasa untuk berkuasa. Dengan kuasa di tangannya dia mampu bertahan 22 tahun sebagai Perdana Menteri. Dia mampu menumpaskan “Reformasi Anwar”, dia mampu menamatkan riwayat Semangat 46, mengurangkan kuasa Raja dan memecat Ketua Hakim Negara.

Maka apakah game plan terbaru beliau? Dengan kuasa di tangannya beliau akan memecah belahkan parti UMNO dan PKR daripada dalam. Mereka yang menyerah diri kepada Mahathir akan menambahkan kerusi Parlimen PPBM.

Sudah tentu akan ada individu duri dalam daging yang akan digunakan untuk memujuk beberapa MP UMNO menyerah diri. Sebab itu layanan buruk diberikan kepada bekas Perdana Menteri yang dikenakan puluhan dakwaan. Beliau dan Rosmah terpaksa turun naik Pejabat SPRM dan PDRM beberapa kali. Dan jika benar Zahid sebagai Presiden UMNO juga ditahan dan didakwa ia bertujuan untuk menggertak dan menakutkan pemimpin UMNO yang lain.

Mahathir sudah ada Azmin untuk memecahkan PKR menjadi dua. Mahathir memang merasa tidak selamat bila Anwar menang di Port Dickson nanti. Ingatlah, “game plan” Mahathir melalui “kuasa” belum pernah gagal. Kepada semua MP UMNO, tolong “jangan belot”.

Sumber : http://celahgelegar.blogspot.com/2018/10/puad-zarkashi-game-plan-mahathir.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)&m=1

Tuesday, September 11, 2018

Kuih Pau, Teh Ais dan DSN Vs LGE

Di bawah ni adalah sebab kenapa DSN adalah Menteri Kewangan semasa kerajaan dulu.. cuba bayangkan, tiada seorang pun bekas menteri kabinet dari kerajaan BN dulu yang bidas LGE pasal kuih pau ni.

Memang la aku pun tak perasan masa cerita kuih pau ni mula-mula keluar ikut konsep SST ni, tak patut ditunjuk dalam resit, tapi aku ni rakyat biasa..

Tak kan tiada sorang bekas menteri BN pun yang berpengetahuan tentang GST dan SST ni yang boleh bidas PH dan LGE isu kuih pau ni? Bahas bukan main punya lama dalam dewan..

atau semua bekas menteri dok fikir ni 'peperangan' antara PH dengan DSN saja jadi depa tak payah masuk campur..

DSN : Semalam, Lim Guan Eng berang dan kata saya tak jujur. Dia kata makanan ‘pau’ pun kena 6% GST dulu sama seperti 6% SST sekarang. Dia sangat suka marah saya. Dia demam.

Persoalan saya: jika sama, kenapa nak tukar sistem cukai sedangkan apabila GST dimansuhkan, harga barang tidak turun?

Bukankah Guan Eng pernah kata beberapa kali bahawa cukai SST hanya dikenakan pada pengilang sahaja dan bukan pengguna. Saya bukan pengilang, mengapa saya kena cukai 6% pula?

Dengan GST, peniaga yang mengelak cukai dan ekonomi gelap tidak dapat lari dari cukai tetapi BR1M semakin naik, bantuan lain semakin naik, gaji dan bonus pejawat awam semakin naik.

Dengan SST, BR1M semaikin turun sehingga dimansuhkan, bantuan lain disekat, gaji dan bonus penjawat awam tak naik atau dibatalkan.

Satu lagi. Jika Guan Eng memeriksa resit dari kedai "pau" ini, minuman pun kena cukai 6%.

Saya minum ice lemon tea di sana. Mengikut jadual SST yang terbaru, cukai jualan ke atas ‘ice lemon tea’ ialah 10% bermakna apabila kedai itu beli ice lemon tea dari pengilang, cukai 10% sudah termasuk secara tersembunyi dalam harganya.

Bermakna dengan tambahan 6% dikenakan kedai itu, saya membayar 10 + 6 peratus cukai, lebih tinggi dari GST 6%.