Tuesday, May 14, 2013

The Mengarutness of Blackout Magic Numbers



Pertama sekali, accusation ni salah semuanya dari segi figure.

Accusation ;

Layak Mengundi : 12.2 juta
Keluar Mengundi : 80%
Kerusi Negeri : 9.39 juta (tak termasuk rosak/hilang)
Kerusi Parlimen : 10.85 juta (tak termasuk jumlah rosak/hilang)

Facts ;

Layak Mengundi : 13.37 juta
Keluar Mengundi : 84.84%
Kerusi Negeri : 9.55 juta (tak termasuk rosak/hilang)
Kerusi Parlimen : 11.05 juta (tak termasuk jumlah rosak/hilang)

Kenapa pengundi parlimen lebih banyak dr negeri?

Sebab Sarawak, KL, Putrajaya, Labuan hanya ada kerusi parlimen, tiada kerusi negeri.

Total pengundi parlimen Sarawak, KL, Putrajaya, Labuan ialah;

1.508 juta

So...takde yang misterinya pengundi parlimen lebih BANYAK dari negeri, sebab;

11.05 juta (pengundi parlimen) - 9.55 juta (pengundi negeri)

DAN JAWAPANNYA:

1.5 juta

TARAAAAAA....

TIADA BLACKOUT MAGIC!!!!!

Wednesday, May 8, 2013

Kaedah Pengiraan Undi SPR

di copy&paste secara total dari sumber : http://www.gempak.org/forum/259-informasi-fakta/142299-kaedah-pengiraan-undi-spr-dalam-pru-13-a.html

Semoga thread ini membantu semua yang ada kemusykilan terutama yang mengatakan peti undi ditukar, kertas undi ditambah, blackout dan sebagainya.


Jam 5.00pm 

  1. Pusat mengundi ditutup.
  2. KTM akan menutup pintu Pusat Mengundi.
  3. KTM menutup pintu kotak undi seterusnya menyita dengan tali dan strip plastik SPR.
  4. KTM akan menampal stiker di tali yang digunakan untuk mengikat peti undi.
  5. Wakil2 calon dari parti bertanding akan dipanggil untuk menyemak sitaan yang telah dibuat dan menandatangani stiker yang telah disediakan sekiranya berpuas hati dgn sitaan tersebut.
  6. KTM menyediakan borang 13, dan diserahkan kepada wakil calon untuk disemak. Setelah berpuashati, wakil2 calon akan menandatangani borang 13 tersebut. Sesalinan borang 13 akan diberi kepada setiap wakil calon.
  7. Wakil calon untuk pengiraan undi masuk atau wakil calon telah sediada di dalam Pusat Mengundi menunjukkan watikah perlantikan dan surat sumpah kerahsiaan.
  8. Kerani2 Pusat Mengundi menyusun perabot bagi tujuan pengiraan undi.
  9. KTM akan bertanya kepada wakil calon samada untuk membuat pengiraan serentak atau satu persatu antara peti parlimen dan dun.
  10. Sekiranya pengiraan serentak berlaku, wakil calon akan diasingkan antara parlimen dan dun.
  11. KTM akan meminta setiap wakil calon untuk memeriksa setiap kotak yang disediakan bagi tujuan penjumlahan undi iaitu kotak parti yang bertanding, kotak undi yang belum dikira, kita undi ragu dan kotak undi tolak dalam keadaan kosong.
  12. KTM akan membuka sitaan yang dibuat di hadapan setiap wakil calon, seterusnya akan menuang kandungan peti undi kedalam kotak undi belum dikira.
  13. kerani Pusat mengundi akan membuka satu persatu kertas undi dan melaungkan apa yang ditanda oleh pengundi. Proses ini dilakukan dihadapan setiap wakil parti yang bertanding.
  14. Kertas yang telah dibuka dan dilaungkan akan dimasukkan kedalam peti yang sepatutnya, samada peti parti politik, atau peti undi ragu atau peti undi tolak.
  15. Proses ini dilakukan sehingga kesemua kertas undi di dalam kotak undi belum dikira dibuka sepenuhnya.
  16. Kerani Pusat Mengundi akan memproses kertas undi ragu dengan berpandukan buku panduan dan persetujuan setiap wakil calon. Kata pemutus adalah pada KTM bagi masalah kertas undi yang tidak dapat diselesaikan oleh wakil-wakil calon.
  17. Kertas undi ragu yang telah selesai diproses akan dimasukkan ke dalam kotak yang sepatutnya samada kotak parti2 politik atau kotak undi tolak.
  18. Kerani Pusat Mengundi akan mengumpulkan kertas undi dalam kiraan 10 helai setiap ikatan.
  19. Kerani Pusat Mengundi akan menjumlahkan kertas-kertas undi yang telah diikat kepada 10 helai untuk mendapatkan jumlah keseluruhan setiap kotak.
  20. Keputusan diperolehi.
  21. KTM menyediakan borang 14, wakil calon akan diminta untuk membuat semakan kepada borang 14 dan ianya hendaklah selaras dengan Borang 13 yang awal tadi.
  22. Sekiranya setuju, wakil calon akan menandatangi Borang 14. Sesalinan akan diberi kepada setiap wakil calon.
  23. Kerani Pusat Mengundi akan menyusun semua peralatan dan dokumen yang digunakan dan dimasukkan ke dalam sampul2 yang telah ditetapkan.
  24. KTM memasukkan kesemua sampul yang menganduni peralatan dan dokumen ke dalam peti undi dan disita semula.
  25. Wakil calon diminta memeriksa peti undi yang telah disita dan menurunkan tandatangan di atas stiker yang telah disediakan.
  26. Proses pengiraan dan penjumlahan undi selesai.
  27. Wakil calon keluar dari Pusat Mengundi bersama2 SPR atu berasingan.


Ini adalah pengalaman aku semalam dan 2 PRU sebelum ini.
Semoga penerangan ini jelas dan memberi pemahaman kepada semua.

*Ketua Tempat Mengundi

== Persoalan==

S : Aku nak tanya...possible atau tak berlaku peti undi ditukar, kertas undi ditambah...waktu pengiraan undi mesti ada wakil calonkan dan mereka mesti boleh memantau perkara ni..

J : Tidak. wakil calon sentiasa ada dalam Pusat Mengundi.
kalau nak tukar peti, perlu tahu keputusan terlebih dahulu.
Buat apa nak tukar peti yang x tahu keputusannya.
Borang 13 dikeluarkan sejurus Pusat Mengundi ditutup dan peti disita.
Masa ni wakil calon masih ada lagi.

S : sape penah tgk salinan tersebut?? dah name pun salinan..xkan xbwk blk..cari kat fb pun xjmpe..
yg ade pun dlm bahse cine..

J : x sempat nak fotostat.
dah bagi pada Jentera BN Bahagian untuk rekod.
Borang 14 pun sama.
wakil calon x sepatutnya simpan, 
patut bagi jentera parti untuk kumpul dan matchkan dengan keputusan SPR di Pusat Penjumlahan undi.

S : mengapa terjadi recount dan berapa kali max recount yg dibenarkan
mengikut pengalaman bkn petugas, pru sblm ni masanya sampai pukul 5 juga, jumlah pengundi pun xbyk beza, tapi kptusan dpt diketahui lebih awal sblm jam 9 mlm...kenapa kali ni makan sampai pukul 2-3 pagi? jauh beza tu
pusat penjumlahan undi dibuat dimana,adakah ditempat mengundi atau perlu dibawa kesatu tempat lain dan dikumpulkan barulah dikira atau berbeza disetiap tempat mengikut keadaan dan situasi

J : recount terjadi disebabkan permintaan wakil calon dengan syarat jumlah perbezaan undi antara yg menang dan yang kalah, 4% atau kurang.
Recount hanya sekali sahaja.
Keputusan sebenarnya diperolehi setelah borang 14 keluar.
yang lama adalah petugas spr nak menyusun dokumen dan peralatan ke dalam sampul dan memasukkannya ke dalam peti yang disediakan.
pengalaman aku, ini yang lama. maklumlah, benda 5 tahun sekali, petugas2 spr ni pulak diberi kursus mungkin kurang dari 3 kali, praktikal pun mungkin x.. jadi, terkial2 membaca buku panduan dan menyusun.
lagipun, selagi peti x disita, wakil calon x boleh keluar. kalau nak keluar juga boleh, tapi x boleh masuk balik untuk check peti dah disita secara betul atau x.
ini yang makan masa panjang.
bagi solan seterusnya, ada dua istilah yang perlu difahami,
pusat mengundi/pusat mengira undi dan pusat penjumlahan undi.
pusat mengundi dan pusat pengiraan undi adalah dua tempat yang sama, manakala pusat penjumlahan undi adalah tempat yang lain, yang telah diwartakan bagi mengumpul kesemua peti undi yang telah dikira dalam parlimen tersebut.
berkenaan pusat penjumlahan undi, kebiasaannya di dewan2 kerajaan tempatan yang telah diwartakan. satu dewan bagi satu parlimen.
kertas undi dikira di pusat mengundi.
di pusat penjumlahan undi, hanya borang 14 sahaja yang dikumpul dan dijumlahkan.

S : ade siap naik teksi lagi...
soalnya,kenapa xgunakan tect,kenapa perlu usung kesana kemari? 

J : KTM akan bawa peti undi.
sebagaimana peti datang ke pusat mengundi, mcm tu juga la peti dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi.
diiringi oleh polis.
wakil calon dibenarkan ikut.
tapi kereta lain.
lagipun, setiap wakil calon dah ada salinan borang 14 tu, setiap seorang....
kalau tukar kertas undi pn x apa, sebab borang 14 sahaja yang digunapakai di Pusat Penjumlahan undi....

S : kenapa gap yg besar antara pru 08 dan pru 2013 ni dari segi memperoleh kptsn penuh di setiap dun dan parlimen, adakah disebabkan oleh recount atau bantahan dari wakil parti atau bagaimana, lambat sejam pun dah nampak pelik,inikan pula lambat berjam2, apa mslh sebenarnya yg posible menyebabkan kelewatan yg amat sgt ni... jika isunya borang 14 lambat sampai, alasan ni hanya boleh dipakai di sabah sarawak sbb kawasan sana besar dan luah,jd boleh kata jauh,tp disana dulu kita dapat kptusan, disemenanjung yg cenonet ni kenapa boleh lewat pulak 

J : 1 lg sebab kelewatan, wakil calon minta kira satu peti, satu peti.
bukan serentak antara peti parlimen dan dun.
boleh bayangkan, satu peti dalam 400 pengundi memerlukan masa hampir satu jam, untuk siap dikira. 
belum kemas dokumen dan peralatan.
satu saluran ada dua peti, parlimen dan dun.
satu saluran ada lebih kurang 500 pengundi.

S : Bagaimana nak pastikan setiap ikatan memang sepuluh undi?
ada borang 13,

J : borang 13 diberi sebelum peti dibuka..
dlm borang 13, dinyatakan berapa buku kertas undi diterima ktm,
berapa yang dikeluarkan/diberi pd pengundi..
berapa yg rosak
berapa baki yang belum dikoyak..
so, dapat berapa jumlah kertas undi yg sepatutnya berada di dalam peti undi yg belum dibuka tu..
borang 13 ni pun, setiap wakil calon semak dan kalau setuju sign..
setiap wakil calon pun dapat salinan borang 13.
kalau kerani undi salah kira, bukan 10 keping, maka penjumlahan akan jadi lain, samada berkurang atau bertambah.



Wednesday, April 3, 2013

HUH! Orang cina pun dapat..

HUH!.. tahu lama dah cuma tak ada dalam bentuk hitam puteh..  Kalau baca komen2 di internet ni, seolah-olah bangsa cina tak dapat apa (bantuan) pun dari kerajaan.  Nah, sekarang kita semua dah tahu. Jadi apa yang kita nak rumuskan sifat tentang pengomen2 bangsa cina yang tak berhenti dok hentam kerajaan di internet ni?

Pemfitnah? Kurang ajar? Tak kenang budi? Bangsat? semua sekali agaknya..


Kerajaan patut war2 kan lagi benda2 macam ni lebih kerap. Walaupun majoriti orang2 cina (penyokong2 pakataiks) tak menghargai bantuan kerajaan ni tapi sekurang-kurangnya orang melayu sedar dan tahu yang semua bangsa bertongkat dan dibantu kat Malaysia ni, maka tak perlu rasa rendah diri sangat..



Saturday, February 9, 2013

spekulasi huru hara oleh dsai

Lama dah tak menulis di ruang ni.. mungkin sebab minat sudah menjadi pudar atau fokus tersasar sekejap.  Apa pun, hari ni rasa macam nak menulis sesuatu setelah membuka website harakah.

Harakahdaily melaporkan pendapat Presiden Teras (Teras Pengupayaan Melayu), Mohd Azmi Abdul Hamid bahawa huru hara selepas PRU13 hanya spekulasi, satu kenyataan yang dikeluarkan oleh mantan PM iaitu Tun M. Beliau berpendapat ia sesuatu yang malang bila DS Najib menerima spekulasi ini sebagai sesuatu yang akan berlaku.

Yang hairan bin ajaibnya bila Mohd Azmi ni tak sebut langsung PUNCA kepada Tun M punya spekulasi. Langsung tak disebut nama Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Tak dak.. Zero.. Kosong.. Il lek po cik.. Nehi.. Pu yauu..


Bila dah baca sampai habis seolah macam tiba-tiba saja Tun M cakap benda ni.  Yang ada akal mesti akan bertanya dan mencari PUNCA kenapa Tun M cakap perkara ni.  Tapi dah jenis dungu-dungu Pakataik, apa saja dia orang akan terima bulat-bulat walau pangkat setinggi mana pun.

Kalau dalam artikel tu tulis sebaris ayat contohnya macam:

spekulasi Tun Mahathir ini berdasarkan kepada ucapan/ kenyataan/ ugutan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berada di Australia...


Ini pun cukup dah untuk beri sedikit keadilan pada Tun M. Bukan itu saja, sepanjang artikel itu, mantan PM ini hanya disebut namanya saja tanpa gelaran TUN.  Mana hilangnya sikap hormat menghormati presiden Teras ini? budaya ni ke yang kita nak wariskan kepada anak-anak kita?


Friday, June 15, 2012

Haji atau Pilihanraya

Artikel asal di dalam Harakahdaily.net kali ni agak panjang, 2,350 patah perkataan, siap disertakan dengan senarai rujukan. Jadi kita boleh bayangkan kajian yang agak mendalam yang dibuat oleh penulisnya, Muhamad Zuhaili Saiman (Pengerusi Felo MANHAL PMRAM 2012).

Hujah2 yang diberikan dalam artikel ini, tidak lain tidak bukan adalah untuk menyuntik akal penyokong2 PAS bahawa mengundi lebih utama maka ibadah haji patut ditangguhkan andai PM isytihar tarikh pilihanraya  pada musim haji akan datang ini.

Saya bukan bijak pandai agama tapi pengetahuan saya cukup untuk merumuskan 2 perkara berikut.

1. Orang2 UMNO malah ramai menteri2 juga akan pergi menunaikan haji.  Jadi, MUSTAHIL untuk PM umumkan tarikh pilihan raya pada musim haji ini.

2. Adakah PAS lebih takutkan pengundi hantu yang tidah pernah dibuktikan kewujudannya berbanding dengan kemustajaban doa di Mekah (kerana ada lebih 10 tempat2 doa mustajab di Mekah), sekaligus berperasangka yang Allah tidak akan mengakbulkan doa penyokong2 mereka?

Saya nak ambil dua saja dari banyak2 hujah penulis ini iaitu dibawah tajuk kecil Feqh Muwazanat:

3- Kesan tidak melaksanakan Haji pada tahun tersebut akan memberikan mudharat individu tersebut sahaja (iaitu masih belum melaksanakan kewajipan Haji) dan kewajipan tersebut boleh diganti dengan peluang pada tahun-tahun yang akan datang. Kesan tidak mengundi akan memberikan kesan yang umum (apabila pihak Islam dikalahkan oleh pihak yang menolak perjuangan Islam) dan kesannya adalah sepanjang tempoh 5 tahun iaitu Islam tidak dapat memerintah dan kezaliman akan memerintah sepanjang tempoh tersebut.

Saya nak tanyalah juga, sebab sekarang ni Pas dah kata negara Islam takde dalam Al Quran dan sebagai ganti akan memperjuangkan negara kebajikan maka pihak mana yang menolak perjuangan Islam itu?  kemudian, adakah penulis merujuk kepada pemerintahan kerajaan Pas Kelantan yang menzalimi rakyat negeri itu dengan kegagalan mereka dalam memberikan kemudahan asas air bersih akan berterusan selama 5 tahun lagi?

Di dalam penjelasan terakhirnya pula:
4- Jika bertembung antara 2 kewajipan iaitu ibadah Haji dan mengundi maka sebagaimana perbincangan di atas, diutamakan mengundi. Sirah menunjukkan bahawa jenazah Nabi SAW dikebumikan selepas para sahabat berbincang melantik ketua pemimpin. Besarnya kewajipan melantik pemimpin sehingga dilewatkan pengebumikan jenazah baginda SAW.


Contoh yg di bagi ni pasti akan membuatkan semua penyokong2 PAS menundakan ibadah haji mereka tanpa sebarang sesalan.  Ada pendapat yang mengatakan antara sebab2 jenazah Rasulullah SAW lambat dikebumikan adalah kerana masyarat Islam ketika itu tidak dapat menerima hakikat kemangkatan Rasulullah.

Di kalangan para sahabat juga tidak dapat memutuskan secara konsesus cara2 untuk mengendalikan jenazah baginda ditambah pula tiada seorang pun dari sahabat2 Rasulullah SAW yg merasakan mereka tidak layak untuk mengimami solat jenazah baginda.  Maka, semuanya bersolat jenazah sendirian.

Ada juga yang berpendapat bahawa terlalu ramai telah datang untuk bersembahyang jenazah untuk baginda, ada yang mengatakan sehingga 124,000 orang menunaikan solat jenazah untuk baginda yang memakan masa sehingga 4 hari 4 malam !

Menunaikan haji adalah rukun Islam, jatuh wajib bila cukup kiraannya.  Pengurusan jenazah pula cuma fardhu kifayah.  Perbezaannya sangat ketara.  Memang tidak dapat dinafikan mengangkat pemimping itu sangat penting tetapi situasi semasa di Malaysia adalah sangat berbeza dengan situasi semasa zaman kewafatan Rasulullah.

Tetapi penyokong2 dan pemimpin2 PAS tak perlu risau kerana PM adalah seorang Islam dan beliau mengetahui pentingnya ibadah haji untuk umat Islam di Malaysia.  Cuma peransangka buruk pemimpin2 PAS terhadap pemimpin2 UMNO yang sama ugama dengan mereka sangat2 menjengkelkan.

Sudah 12 kali PRU diadakan, belum pernah lagi dalam sejarah Malaysia PRU dijalankan dalam musim haji.  Kerana apa? Kerana Perdana Menteri Malaysia adalah beragama Islam!



Thursday, June 14, 2012

Bila DYMM Tuanku Sultan Bertitah..



Sebahagiannya ..

BARU-BARU INI, ADA PEMIMPIN POLITIK YANG SECARA TERANG-TERANG MENGKRITIK TINDAKAN SAYA MEMBIDA NOMBOR PENDAFTARAN DI J.P.J. ADA-KAH DIA LUPA TENTANG ADAB MELAYU? ATAU SEMEMANGNYA DIA SEORANG YANG JAHIL DAN CETEK AKALNYA?.

JANGANLAH CUBA BERLAGAK PANDAI JIKA TIDAK BERILMU, DAN JANGANLAH MENGELUARKAN KENYATAAN SESUKA HATI JIKA TIDAK TAHU PERKARA YANG SEBENAR. BUKANKAH BERDIAM ITU LEBIH BAIK DARIPADA BERKATA YANG TIDAK BAIK?. KEPADA PEMIMPIN SEPERTI INI, NASIHAT SAYA “JANGANLAH SIBUK MENCARI KUDIS DI KAKI ORANG LAIN, SEDANGKAN TOKAK DI KAKI SENDIRI TIDAK MAMPU DIUBATI.”

SETIAP TINDAKAN YANG SAYA BUAT ADALAH MENGIKUT CARA DAN JALAN YANG BETUL, DAN SETIAP KEBAJIKAN YANG SAYA BUAT JUGA TIDAK PERLU DIPERBESARKAN.

TINDAKAN PEMIMPIN INI BUKAN SAHAJA MENDATANGKAN KEMURKAAN KEPADA SAYA, TETAPI JUGA SATU PENGHINAAN KEPADA RAKYAT DAN KEDAULATAN NEGERI JOHOR. SAYA HARAP DIA SEDAR SIAPA DIRI DIA, DAN KESILAPAN YANG TELAH DIBUAT. JIKA DIA HENDAK MINTA MAAF, MINTALAH MAAF KEPADA SEMUA RAKYAT JOHOR, BUKAN KEPADA SAYA SEORANG SAHAJA. PEPATAH MELAYU SERING MENGINGATKAN, “TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA”.


Klik sini untuk ucapan penuh Sultan Johor.  Kita semua tahu siapa yg Tuanku maksudkan..





Friday, March 16, 2012

Dewan Rakyat gamat sebab perkataan 'contingent'?


Bosan juga bila nak mengungkit cerita2 lama ni, tapi nak tulis jugak la.  Katanya gamat di Dewan Rakyat semalam (14-Mar-12) bila mana Azmin buat kecoh dan sembrononya menuduh TS Anifah Aman (TSAA) tak pandai berbahasa Enggeris sebab tak faham kenyataan kontroversi DS Anwar Ibrahim (DSAI) di WSJ berkaitan .



Yang dibangkitkan oleh TSAA ialah kenyataaan "I support all efforts to protect the security of the state of Israel"  menunjukkan sokongan yang tidak berbelah-bagi oleh DSAI untuk keselamatan negara Israel.  Yang dibangkang oleh Azmin Ali ialah kononya TSAA tak baca habis kenyataan DSAI termasuk ayat "contingent on israel respecting the aspirations of Palestinians".

Untuk aku, tak perlu pandai sangat bahasa Enggeris untuk faham kenyataan DSAI tu.  Kenyataan DSAI dalam WSJ tu tak guna perkataan2 bombastic pun, ianya bukan ayat2 sastera melayu lama, dan bukannya hadis2 atau ayat2 al-quran yang hanya ahlinya saja yang boleh tafsir.  Aku berpendapat TSAA dan majoriti pembaca adalah betul.

Ayat "A step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians"..

datang selepas ayat "he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state".. (ayat ini DSAI sengaja tak sebut dalam dewan rakyat pada 13-Mar-12). 

MAKNANYA, ayat yang ada perkataan contingent tu merujuk pada "open diplomatic ties"..

BUKANNYA merujuk kepada "all effort to protect the security of the state of Israel"..

Jadi, siapa yang tak faham bahasa Enggeris sekarang ni?

apa tujuan DSAI keluarkan kenyataan tu tak perlulah kita bincang pada masa ini lagipun dah banyak sangat perbincangan mengenainya hingga sampai ker parlimen pun.  Mudahkan :)