Thursday, September 27, 2018

Triangulate kepala bana tom whale 1mdb

https://youtu.be/bg8DZ1oqe8U

Tuesday, September 11, 2018

Kuih Pau, Teh Ais dan DSN Vs LGE

Di bawah ni adalah sebab kenapa DSN adalah Menteri Kewangan semasa kerajaan dulu.. cuba bayangkan, tiada seorang pun bekas menteri kabinet dari kerajaan BN dulu yang bidas LGE pasal kuih pau ni.

Memang la aku pun tak perasan masa cerita kuih pau ni mula-mula keluar ikut konsep SST ni, tak patut ditunjuk dalam resit, tapi aku ni rakyat biasa..

Tak kan tiada sorang bekas menteri BN pun yang berpengetahuan tentang GST dan SST ni yang boleh bidas PH dan LGE isu kuih pau ni? Bahas bukan main punya lama dalam dewan..

atau semua bekas menteri dok fikir ni 'peperangan' antara PH dengan DSN saja jadi depa tak payah masuk campur..

DSN : Semalam, Lim Guan Eng berang dan kata saya tak jujur. Dia kata makanan ‘pau’ pun kena 6% GST dulu sama seperti 6% SST sekarang. Dia sangat suka marah saya. Dia demam.

Persoalan saya: jika sama, kenapa nak tukar sistem cukai sedangkan apabila GST dimansuhkan, harga barang tidak turun?

Bukankah Guan Eng pernah kata beberapa kali bahawa cukai SST hanya dikenakan pada pengilang sahaja dan bukan pengguna. Saya bukan pengilang, mengapa saya kena cukai 6% pula?

Dengan GST, peniaga yang mengelak cukai dan ekonomi gelap tidak dapat lari dari cukai tetapi BR1M semakin naik, bantuan lain semakin naik, gaji dan bonus pejawat awam semakin naik.

Dengan SST, BR1M semaikin turun sehingga dimansuhkan, bantuan lain disekat, gaji dan bonus penjawat awam tak naik atau dibatalkan.

Satu lagi. Jika Guan Eng memeriksa resit dari kedai "pau" ini, minuman pun kena cukai 6%.

Saya minum ice lemon tea di sana. Mengikut jadual SST yang terbaru, cukai jualan ke atas ‘ice lemon tea’ ialah 10% bermakna apabila kedai itu beli ice lemon tea dari pengilang, cukai 10% sudah termasuk secara tersembunyi dalam harganya.

Bermakna dengan tambahan 6% dikenakan kedai itu, saya membayar 10 + 6 peratus cukai, lebih tinggi dari GST 6%.