Tuesday, July 19, 2011

Hiburan: Syabas Kedah kerana tunduk kepada DAP

Tajuk sebenar artikel di harakahdaily ialah Hiburan: Syabas Kedah, bagaimana dengan Melaka?

Bila mula2 terdengar MB Kedah ingin menguatkuasakan Enakmen Hiburan dan Tempat2 Hiburan 1997 yang melarang pusat2 hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadhan sepenuhnya untuk muslim dan bukan muslim, secara peribadinya saya tidak dapat lari dari menyokong usaha murni ini. Tetapi memahami tabiat politik PAS dan DAP mutakhir ini, saya seperti tertunggu-tunggu tindakan DAP mengenai hasrat murni PAS ini.

Suara tentangan dari awal MCA dan Gerakan (malah mendahului DAP) memang sudah dijangka kerana umum mengetahui mereka sekarang perlu dilihat aktif menjuarai kepentingan bukan muslim di Malaysia. Tiada tentangan dari UMNO tetapi dapat dirasai rata2 UMNO juga seperti saya, menunggu tindakan DAP dan reaksi PAS.

DAP kemudian bersuara melalui media meminta PAS Kedah menarik balik larangan ini. Tegas DAP yang kekal dengan perinsip menentang PAS menubuhkan negara Islam, akan mengambil segala langkah bagi memaksa kerajaan negeri Kedah menarik balik keputusan itu. Seperti dijangka PAS Kedah berundur separuh dan membenarkan pusat hiburan beroperasi seperti biasa tetapi orang islam dilarang berkunjung ke pusat2 hiburan sepanjang bulan Ramadhan.

Ramai yang sedia maklum, ramai pelayan2 dan bonzer2 pusat hiburan adalah melayu beragama Islam. Bagaimana pula tindakan PAS ke atas mereka2 yang mencari rezki di sana nanti?

PAS secara keseluruhannya berbangga dengan pencapaian ini malah menbandingkan kejayaan mereka ini dengan keputusan kerajaan negeri Melaka yang melanjutkan tempoh operasi pusat2 hiburan di Melaka dari jam 2 pagi ke jam 3 pagi.

Secara rambangnya kalau kita melihat muka depan portal ini, tiada disebut langsung mengenai amaran keras dari sekutu PAS iaitu DAP mengenai perlaksanaan Enakmen Hiburan ini. Tetapi yg dapat dibaca ialah perihal MCA, Gerakan dan Umno dengan isu ini. Jelas di sini, PAS cuba menonjolkan bahawa kegagalan mereka untuk menguatkuasakan sepenuhnya Enakmen 1997 ini adalah bukan kerana DAP. Ini juga sebenarnya sudah diduga kerana tabiat PAS ini sudah diketahui umum sekian lamanya.

Kepada yang berfikir tentu tercetus diminda mereka, bukankah Islam melarang umatnya berkunjung ke pusat2 hiburan pada bila2 masa pun? adakah maknanya PAS merestui umat Islam berkunjung ke pusat2 hiburan di luar Ramadhan?

Soalan selanjutnya, ada apa pada DAP yang begitu menggentarkan PAS hinggakan belum pun DAP menghantar sebarang bantahan rasmi atau mengatur sebarang temujanji untuk berbincang, PAS terus berundur?

No comments:

Post a Comment