Artikel kali ini di harakahdaily.net menyiarkan
ulasan dari AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang mempertikaikan apa yang ditafsirkannya sebagai 'sifir' dari DPM TS Muhyiddin iaitu tak mungkin DAP yang menang apabila PAS lawan UMNO.
Sayughia diingatkan
makna sifir menurut DBP ialah darab atau kali yang diwakili oleh tanda silang yang berbentuk 'X'. Bermakna
ini bukan sifir budak sekolah maka dalam konteks ini 1 + 1 jawapan mungkin bukan 2! Antara
sifir dengan
lawan pun Ustaz ini
tidak boleh bezakan, ini membuatkan kita berfikir tahap pengetahuan pemimpin yang yang telah dipilih oleh penyokong2 pembangkang.
Yang pasti ialah politik bukan sifir dan tidak mungkin sama dengan sifir, oleh itu kita perlu dengar dan fahami ucapan DPM (semasa PAU11) sebelum merumus apa2. Kata DPM:
Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS Ganti UMNO seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan UMNO kerana UMNO tiada galang-ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP Ganti PAS. DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Qur’an walaupun salah, PAS mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, PAS memberi pengiktirafan. Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir. Tetapi apabila PAS menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam PAS. Dan apabila dikecam, PAS diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh PAS. DAP lah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan PAS?
Jelas di sini, DPM menyifatkan PAS, setelah beberapa insiden menunjukkan ianya tunduk kepada tekanan dari DAP dan gagal mempertahankan agenda mereka sendiri, sebagai
menyokong agenda2 DAP. Apabila PAS berlawan dengan UMNO, tentulah hasilnya
perpecahan orang2 melayu, maka pihak yang menang adalah DAP kerana itu salah satu dari agenda mereka. Andai PAS menang dalam perlawanan ini, pihak yang sebenarnya menang adalah DAP juga kerana
PAS menyokong agenda2 DAP.
Di akhir artilkel ini, Ustaz ini membangkitkan semula isu2 lama yang telah basi dan telah pun diselesaikan oleh pihak kerajaan iaitu dituduh Ustaz ini bahawa RM52 bilion saham bumiputera dikhianati, isu RM32 juta wang PPRT serta 1.3 juta hektar tanah rizab melayu yang didakwanya digadaikan oleh pentadbiran UMNO.
Tiada siapa yang mengkhianati
RM52 bilion saham bumiputera melainkan pemegang2 saham itu sendiri kerana mereka yang
menjual saham2 itu setelah harganya melonjak naik. Saham itu hak peribadi pemegang2nya maka
tidak wajar langsung mana2 pihak menyalahkan kerajaan apatah lagi memfitnah pihak kerajaan mengkhianati rakyat Malaysia.
Isu tanah rezab melayu pula, undang2 sedia ada memang telah meletakkan kekangan untuk jualan serta pindah milik kepada selain bumiputera tetapi
Pihak Berkuasa Negeri (PBN) menerusi peruntukan undang2 juga boleh mengambil tanah rezab ini bagi
tujuan pembangunan dengan syarat ianya
mesti diganti dengan tanah lain yang berkeluasan atau nilai yang serupa. Tidak dinafikan ada kerajaan negeri yang masih gagal mengganti tanah rezab yang diambil tetapi ini perkara tertunggak maka lambat laun
PBN seperti Selangor, Kedah, N. Sembilan, Johor dan Wilayah Persekutuan
wajib menggantikannya semula! Sila rujuk di sini dan di
sini untuk keterangan lanjut.
Andai Uztaz ini bersungguh memperjuangkan hak orang melayu (itu pun kalau DAP bersetuju dengan mereka) maka wajib dipersoalkan sekarang setelah berkuasa di Selangor dan Kedah, harusnya mereka menggunakan kuasa mereka sekarang untuk menggantikan semula tanah rezab yang telah diambil semasa BN berkuasa di negeri2 terbabit.
Kalau mereka sanggup melawan arahan polis untuk tidak mengadakan demonstrasi haram jalanan untuk PPSMI dan Bersih2.0 maka apalah sangat satu lagi demonstrasi bagi menuntut ganti semula serta-merta bagi tanah rezab yang belum diganti. Kalau mereka tidak berbuat demikian maka, serupa atau lebih teruk mereka ini dari kerjaan BN.