BN sabotaj Pakatan dengan teknik Blackout? tak mungkin kerana tugas Counting Agent (CA) diletakkan setiap bilik mengundi adalah untuk menghalang perkara ini dari berlaku. Worst case senario, CA boleh protes dengan menolak untuk tandatangan Borang 14!
Gambar ini yg pertama dan hanya satu gambar ini yang berlegar di internet berkenaan blackout semasa PUR-13 dan selepas beberapa hari Penolong Pengerusi SPR, Wan Ahmad kata gambar ini palsu dan lakonan sebelum hari undi selepas meneliti gambar yang satu ini.
Ditambah pula tiada maklumat tambahan macam dimana dan bila kejadian ini berlaku serta tiada report polis dibuat.
Hari ini 30-Mei-13, melalui facebook, gambar2 ni pulak keluar. Jadi, serius gambar2 ni bukan palsu atau lakonan. Bolehkah kita salahkan kenyataan Wan Ahmad? boleh dan tidak, tepuk dada tanya selera.
Saya sendiri berpendapat, teknik ini dirancang oleh pihak2 yang berkepentingan untuk mengumpan kenyataan2 seperti yang dibuat Wan Ahmad dan mereka berjaya!
kenapa saya kata begitu? kerana hanya hari ini baru keluar gambar2 yang tambahan lengkap dengan tempatnya sekali, parlimen puchong, dun seri serdang.
Pun begitu, Pas menang DUN dengan lebihan undi lebih 16 ribu dan DAP menang Parliment dengan lebihan undi lebih 32 ribu.
Perkara pertama terlintas difikiran saya, sebagai CA, mamat ni boleh dan patut protes pada KTM (Ketua Tempat Mengundi) bila blackout terjadi.
Malah sebagai tanda protest, dia boleh menolak untuk tandatangan Borang 14 kalau dia ragu tentang jumlah undi yang dikira. Dia protest atau tidak, kita tak tahu sebab tak sebut dalam report polis ni.
Di DUN Kuala Berang, BN menang tipis dengan majoriti 446 sahaja tapi di Parlimen hulu Terenggau BN mendapat majoriti lebih 8 ribu undi. Dengan report polis ni, wajar Pas kemuka petisyen untuk siasatan lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment