Artikel ini sebenarnya agak pendek untuk mengulas ucapan penuh TS Muhyiddin pada PAU-11 yang sedang berlangsung sekarang ini. Tetapi sememangnya menjadi roh pada portal berita pembangkang ini untuk membangkang dan melecehkan apa sahaja yang berkaitan dengan UMNO maka disiar jugalah artikel pendek ini.
Mengikut laporannya, Salahudin Ayub menyifatkan ucapan sebegitu tidak sepatutnya "diucapkan oleh bakal perdana menteri".
Soalannya sekarang.. Dengan mengangkat TS Muhyiddin sebagai bakal PM, Adakah Salahudin Ayub yakin bahawa Pakatan tidak akan berjaya menawan Putrajaya selepas PRU-13?
Katanya lagi TS Muhyiddin memalukan dirinya sendiri dengan ucapannya yang sarat dengan mesej kebencian kepada parti2 dalam Pakatan Rakyat. Di dalam artikel ini juga Salahudin Ayub juga cuba mengajar bakal perdana menteri ini apakah sepatutnya isi ucapannya iaitu gagasan dan wawasan negara.
Aku secara jujunya ingin mencadangkan agar beliau dan rakan2nya di dalam Pakatan belajar menguna-pakai sendiri ajarannya ini kerana kita semua tahu yang penceramah2 pakatan bukan sahaja pelopor malah juara di dalam acara ucapan bercaci-maki samada ianya acara berseorangan, acara berkumpulan atau acara berganti-ganti.
Soalan yang wajar ditanya kepada Salahudin Ayub lagi adalah adakah ucapan dari seseorang yang dijuangkan sebagai bakal PM walaupun disebalik dinding penjara oleh Pakatan yang menggelarkan pemimpin lain sebagai
Adakah Salahudin Ayub sendiri sebagai seorang wakil rakyat tidak berasa malu langsung untuk mengangkat malah menjuangkan orang yang tidak putus2 dengan skandal moral ini untuk menduduki takhta Putrajaya?
Di akhir artikel ini, ringkas dinyatakan intipati ucapan TS Muhyiddin iaitu DAP itu cauvinis cina yang jahat, PKR itu ultra liberal yang hanya memperjuangkan DS Anwar serta PAS meninggalkan negara Islam untuk negara kebajikan (cuba perhatikan cara olahan ayat baik yang diletakkan kepada PAS).
Penulis artikel ini sengaja lupa untuk menukilkan lagi satu lagi label yang dianugerahkan kepada PAS oleh DS Muhyiddin iaitu DAP GANTI PAS!
Salahudin sempat mengucapkan terima kasih kepada DPM kerana menyebut perihal PAS di dalam ucapannya kerana dengan itu katanya, UMNO mengiktiraf PAS dipersada politik.
Kalau inilah tahap sebenar pemikiran Salahudin Ayub, bayangkan berapa banyak ucapan terima kasih yang Pakatan akan terima dari UMNO dan BN kerana setiap ucapan dari penceramah2 Pakatan tidak pernah tidak mereka lekang dari menyentuh perihal UMNO dan BN walaupun sentuhan itu yang fitnah2 dan busuk2 belaka.
No comments:
Post a Comment