Hasil tulisan terbaru Pok Nik ini disiarkan pada 17/8 di Harakahdaily.net dengan tajuk asalnya Demi Politik, Umno sanggup pertikai fatwa.
Nampaknya Pok Nik juga keliru dengan isu ini, seperti kebanyakan orang. Mufti Pulau Pinang telah menegaskan bahawa ia bukan fatwa tetapi hanya larangan sahaja ke atas bacaan ayat2 suci Al Quran menggunakan pembesar suara sebelum Subuh. Tegas mufti ini, larangan ini adalah berdasarkan hukum syarak dengan nas2 yang sahih.
Aku telah google larangan bacaan Al-Quran ini, cuba mencari apa2 kenyataan yang dikeluarkan UMNO berkenaan hal ini tetapi tak jumpa. Yang banyak hanya tuduhan dan fitnah (barangkali) yang UMNO menentang larangan yang dikeluarkan mufti Pulau Pinang ini. Apa yang jumpa hanya kenyataan dari DS Jamil Khir Baharom yang mengatakan Kerajaan menghormati keputusan Mufti Pulau Pinang berkenaan larangan ini. Kalau Menteri di Jabatan Perdana Menteri pun akur, pastilah secara rasminya UMNO pun akur.
Dibangkitkan juga negeri Perlis telah lama menguatkuasakan larangan yang sama. Umum tahu Perlis di bawah pentabbiran BN sekian lamanya. Logiknya, jika UMNO tidak menentang ketika larangan ini dikuatkuasa di Perlis, kenapa pula UMNO mahu menentang penguatkuasaan larangan ini di Pulau Pinang?
Yang beria-ia menentang larangan ini ialah NGO Perkasa kerana mereka berpendapat isu ini menyentuh sensitiviti umat islam. Ada juga blogger2 pro-kerajaan berkongsi pendapat dengan Perkasa. Aku fikir blogger2 merasakan larangan ini lebih untuk mengikut arahan DAP dari mengikut syarak. Maklum lah, sebelum ini YB DAP Teresa Kok pernah meminta volume azan direndahkan.
Yang kelakarnya, kerana berita ini mula2 dibawa oleh Berita Harian (BH), maka MalaysiaKini (MK) pun melebelkan akhbar ini milik Umno yang mana selalunya hanya Utusan saja mendapat lebel sedemikian.
Berbalik kepada kenyataan Pok Nik tadi, dituduh pula UMNO mencari balah dengan mufti. Padahal seperti yang aku kata tadi, takde statement pun dari UMNO yang menyanggah keputusan mufti Pulau Pinang. Ditanya pula sejak bila pula UMNO mempertahankan Islam. Bukti UMNO mempertahankan Islam lebih dari PAS ialah setiap negeri dibawah pentadbiran UMNO masjidnya lebih dari 2 buah.
Pada Pok Nik lagi, cara UMNO persembahkan Islam salah. Tercetus pula diminda aku adakah budaya memfitnah segala usaha kerajaan dibawah pemimpin Islam yang bersolat itu persembahan Islam yang betul? berdemo dengan tujuan menjatuhkan kerajaan yang ditunjang umat Islam itu persembahan Islam yang betul?
Lain2 kenyataan Pok Nik didalam tulisan beliau ini hanyalah rapu lagi merapu dari seorang dinasor politik yang cuba meraih undi simpati.
No comments:
Post a Comment