Tajuk sebenarnya ialah Daftar pemilih: 5 lagi nama untuk dijejak Sinar Harian tetapi tajuk aku sebenarnya lebih tepat.
Apa yang hendak dihairankan berkenaan nama sama dan Nombor IC hampir sama. Andaikata nama sahaja mampu membezakan pengenalan setiap individu maka pastinya tidak wujud keperluan untuk mencipta Nombor Kad Pengenalan yang semulajadi sifatnya unik bagi setiap individu. Walaupun berbeza hanya satu angka, ianya tetap unik tanpa mengambil kira nama individu terbabit. Sekiranya mereka mahukan keunikan Nombor Kad Pengenalan yang lebih ketara, JPN perlu mencipta rangkaian nombor yang lebih panjang, mungkin 16 atau 20 angka! Itu sudah tidak praktikal pula.
Semua nama yang PAS senaraikan sebagai meragukan lahir pada tahun 50-an, sebelum merdeka. Bukannya macam zaman itu ada dijual buku Himpunan Senarai Nama2 Islam. Orang2 melayu pada zaman itu tidak sekreatif macam orang di zaman ini, kemungkinan besar kerana kekangan maklumat.
Kalau betullah UMNO dan SPR hendak 'mencipta' pengundi2 hantu, logik akalnya tak mungkin rekod yang dicipta begitu mirip sehingga mudah dikesan oleh pembangkang!
Sebenarnya PAS bertindak bijak dengan membuat tuduhan pengundi hantu di media2 cetak dan elektronik walaupun sebenarnya ada undang2 yang membolehkan sesiapa sahaja membantah secara rasmi kepada SPR ke atas mana2 pengundi yang disyaki palsu.
Aku katakan bijak kerana andai kata bantahan ini tidak berasas dan pengundi yang dibantah dibuktikan tulen, pihak yang membantah tadi perlu membayar denda sebanyak RM150 hingga RM200 kepada setiap pengundi itu. Cuba bayangkan berapa banyak RM telah mereka jimatkan dengan cara ini. Selain dari itu ianya ibarat serampang dua mata iaitu, jimat duit, raih simpati pengundi, mengekalkan momentum Bersih2.0 dan melemahkan reputasi SPR.
Rekod Pembangkang setakat ini belum pernah berjaya membuktikan pengundi hantu tetapi mereka tidak mahu pula membayar denda yang sudah diwartakan. Masalahnya pula SPR tidak boleh memaksa pembayaran denda itu. Pengundi2 yang dibantah pula perlu membawa perkara ini ke mahkamah andainya mereka mahu mendapatkan hak mereka itu.
Bagi rakyat biasa, leceh sangat kalau perlu naik turun mahkamah yang mungkin makan masa bertahun hanya kerana RM150 - RM200.
Exco Dewan Pemuda Pas, Shuhaizan Kaiat berkata tidak timbul soal PAS memfitnah Pn. Besah (salah seorang dari 2 Besah yang di'pengundi hantu'kan oleh PAS) mengundi 2 kali kerana mereka sedang membuat kajian terhadap kad pengenalan klon. Maka tiada permohonan maaf yang ditawarkan kepada wanita malang ini.
Mudahkan kerja PAS, berasas atau tidak itu kemudian, yang utama tuduh sahaja!
Shuhaizan Kaiat berkata lagi, kajian dengan nama yang biasa sudah, sekarang mereka guna nama yang jarang2 diguna di Malaysia. Penting untuk kita soalkan di sini, kalau dah kata jarang2 diguna macam mana PAS boleh dapat nombor kad pengenalan pengundi2 ini? sedangkan ada lebih 12 juta pengundi berdaftar!
No comments:
Post a Comment