Tuesday, September 6, 2011

Mohamad Sabu Gali Kubur Bangsa Sendiri

Walaupun pendapat tentang hal ini sudah pelbagai, tetapi aku macam terpanggil untuk turut serta mencampakkan sedikit cetusan minda aku berkaitan hal ini. Tajuk di harakahdaily.net ialah Umno Gali Kuburnya Sendiri - Mohamad Sabu. Tetapi aku lebih suka andai tajuk aku ini dijadikan ganti.

Umum tahu sekian lamanya komunis di Malaysia diperangi bukan sahaja diperingkat kerajaan malah di peringkat rakyat biasa tanpa mengira bangsa. Bahan2 bacaan mengenai cerita2 kekejaman komunis terlalu banyak dan tiada siapa pun yang mempertikaikan hal itu. Tetapi kini, Mohamad Sabu cuba dengan dangkalnya berani mengangkat pejuang komunis, Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Alasan ceteknya hanya satu iaitu filem Bukit Kepong yang diarah oleh orang UMNO iaitu Jins Samsudin yang mengisahkan insiden serangan Balai Polis Bukit Kepong oleh komunis. Mohamad Sabu mengatakan yang polis2 Melayu disitu berkhidmat untuk penjajah British dan Mat Indera pula ialah seorang melayu yang mengetuai komunis yang menentang penjajah British.

Inilah yang dikatakan kemuncak gila PAS, apa saja yang berkaitan dengan UMNO, walau jasa sebesar manapun mesti ditolak, dipadamkan dari sejarah jika perlu !! Dan lebih parah lagi apabila juak2 PAS tanpa mengira kedudukan menyokong kenyataan ini seolah-olah tiada yang mempu berfikir sebaliknya.

PAS kelihatan bersendirian dalam mempertahankan orang nombor 2 mereka. PKR belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi. DAP melalui Karpal 'langkah-mayat-saya-dulu' Singh, mengatakan Mohamad Sabu tidak bijak dalam hal ini, peristiwa Bukit Kepong, pejuang kemerdekaan seperti Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak wajar dipertikaikan.

Artikel di harakahdaily ini juga menunjukkan Mohamad Sabu yakin sangat yang Buku Pengukir Nama Johor terbitan YWJ pada 2004 adalah penguat hujah beliau. Malangnya, buku ini tidak pernah mengatakan Mat Indera seorang pejuang kemerdekaan. Tidak perlu disini aku perihalkan riwayat hidup Mat Indera ini. Serta tidak perlu juga aku ceritakan perjalanan gerakan politik watak ini sini yang jelas telah terpesong kerana sejak disensaikan oleh Mohd Sabu, banyak cerita mengenai beliau sudah dicungkil keluar.

Menariknya, tajuk buku ini tidak bertentangan dengan sumbangan sebenar ahli komunis ini. Ukir mengukir tidak semestinya sesuatu yang indah. Hitler juga boleh dianggap sebagai pengukir negara Jerman begitu juga Gadaffi ke atas negara Libya.

Moga2 Allah memberikan petunjuk dan hidayahnya kepada kita semua.




No comments:

Post a Comment