Wednesday, December 14, 2011

Melayu Tiger

Melayu Tiger?

Apa yang anda fikirkan apabila terserempak dengan promo sebegini?  Aku secara sepontan terfikir ini mungkin adalah satu dari perbagai cara kaum2 bukan melayu gunakan untuk belajar bahasa melayu dengan lebih seronok.

Saturday, December 3, 2011

Himpunan: BN bukan rejim Timur Tengah

Katanya, Rang Undang2 Perhimpunan Aman 2011 (RUU PA11) adalah menifestasi penghujung kuasa BN dan BN akan dijatuhkan oleh rakyat seperti di Timur Tengah.

Persamaan BN dan rejim timur tengah adalah jauh panggang dari api.  Malanglah rakyat Malaysia andainya  kepesatan dan kepantasan prasarana teknologi maklumat tidak diguna pakai untuk meninjau keadaan sebenar negara2 bergolak di rantau timur tengah.  Siapakah, dengan fikiran yang waras berani katakan tahap keamanan dan kemakmuran kehidupan rakyat di Malaysia  sama dengan yang dinikmati oleh rakyat di timur tengah?

Analisa2 pakar mengatakan antara punca2 yang mendorong kebangkitan rakyat (anak2 muda) di negara2 timur tengah adalah masalah kemiskinan, buruknya perkhidmatan kesihatan, pengangkutan, pendidikan dan tahap pengangguran yang tinggi.

Bukan sahaja tahap penganguran kita lebih baik dari negara2 di rantau itu malah ianya lebih baik dari Amerika, Jerman dan Autralia.  Kadar kemiskinan negara kita pula semakin mengecil.

Ulasan Mohd Nazir Zakaria, Ahli Parlimen Padang Terap mengatakan ini titik hitam negara, satu lagi kezaliman BN dan tanda takutnya BN berdepan dengan kebangkitan rakyat adalah satu andaian politik biasa pembangkang di mana2 negara sekalipun yang tidak lain hanya cuba melemahkan parti pemerindah.

credit to : country-facts,findthebest,com
Tambahnya lagi, RUU PA11 ini meletakkan Malaysia setaraf dengan Myammar yang beliau katakan mundur demokrasi.  Menyamakan Malaysia dengan Myammar adalah satu bukti kebodohan melampau pemimpin pilihan penyokong2 PR.

Saya yakin Mohd Nazir Zakaria tidak lain hanyalah meng"kakak-tua"kan kenyataan Ambiga berkenaan menyamakan Malaysia dengan Myammar.  Andai kita tanyakan beliau apa yang setarafnya Malaysia dan Myammar, pasti beliau pun akan membuka kopiahnya untuk menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Katanya lagi, rang undang2 yang memeperlekehkan intelek rakyat ini serta dilabelnya sebagai jijik tergesa dibentangkan dan merupakan cubaan terancang BN untuk mencabul hak rakyat berhimpun walaupun hak ini dijamin perlembagaan.  Sempat juga diselit cemuhan ke atas Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihanraya yang ditohmahnya hanya untuk memperbodohkan rakyat.

Jelas disini yang mengkudakan sebilangan kecil rakyat yang sudi diperkudakan dengan gesaan kononnya mahu membersihkan pilihanraya di Malaysia ini setelah pembangkang menang di lima negeri adalah pembangkang sendiri.  Pembangkang termasuk PAS tiada agenda lain selain ingin mewujudkan keadaan tidak aman di Malaysia ini dan menduduki Putrajaya diluar saluran undang2 kerana mereka tahu majoriti umat Malaysia yang cintakan keamanan pasti memilih parti pemerintah yang pentingkan keamanan..


Thursday, December 1, 2011

PAs lawan UMNO, pasti DAP yang menang

Artikel kali ini di harakahdaily.net menyiarkan ulasan dari AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang mempertikaikan apa yang ditafsirkannya sebagai 'sifir' dari DPM TS Muhyiddin iaitu tak mungkin DAP yang menang apabila PAS lawan UMNO.

 Sayughia diingatkan makna sifir menurut DBP ialah darab atau kali yang diwakili oleh tanda silang yang berbentuk 'X'.  Bermakna ini bukan sifir budak sekolah maka dalam konteks ini 1 + 1 jawapan mungkin bukan 2!  Antara sifir dengan lawan pun Ustaz ini tidak boleh bezakan, ini membuatkan kita berfikir  tahap pengetahuan pemimpin yang yang telah dipilih oleh penyokong2 pembangkang.

Yang pasti ialah politik bukan sifir dan tidak mungkin sama dengan sifir, oleh itu kita perlu dengar dan fahami  ucapan DPM (semasa PAU11) sebelum merumus apa2.  Kata DPM: 
Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS Ganti UMNO seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan UMNO kerana UMNO tiada galang-ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP Ganti PAS. DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Qur’an walaupun salah, PAS mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, PAS memberi pengiktirafan. Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir. Tetapi apabila PAS menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam PAS. Dan apabila dikecam, PAS diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh PAS. DAP lah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan PAS?
Jelas di sini, DPM menyifatkan PAS, setelah beberapa insiden menunjukkan ianya tunduk kepada tekanan dari DAP dan gagal mempertahankan agenda mereka sendiri, sebagai menyokong agenda2 DAP.  Apabila PAS berlawan dengan UMNO, tentulah hasilnya perpecahan orang2 melayu, maka pihak yang menang adalah DAP kerana itu salah satu dari agenda mereka.  Andai PAS menang dalam perlawanan ini, pihak yang sebenarnya menang adalah DAP juga kerana PAS menyokong agenda2 DAP.

Di akhir artilkel ini, Ustaz ini membangkitkan semula isu2 lama yang telah basi dan telah pun diselesaikan oleh pihak kerajaan iaitu dituduh Ustaz ini bahawa RM52 bilion saham bumiputera dikhianati, isu RM32 juta wang PPRT serta 1.3 juta hektar tanah rizab melayu yang didakwanya digadaikan oleh pentadbiran UMNO.

Tiada siapa yang mengkhianati RM52 bilion saham bumiputera melainkan pemegang2 saham itu sendiri kerana mereka yang menjual saham2 itu setelah harganya melonjak naik.  Saham itu hak peribadi pemegang2nya maka tidak wajar langsung mana2 pihak menyalahkan kerajaan apatah lagi memfitnah pihak kerajaan mengkhianati rakyat Malaysia.

Isu penyelewengan RM32 juta wang PPRT, bukankah siasatan yang disusuli dengan tangkapan ke atas pesalah 2 yang terlibat sudah dibuat.  Jadi kenapa isu basi tahun 2002 ini perlu dibangkitkan lagi.

Isu tanah rezab melayu pula, undang2 sedia ada memang telah meletakkan kekangan untuk jualan serta pindah milik kepada selain bumiputera tetapi Pihak Berkuasa Negeri (PBN) menerusi peruntukan undang2 juga boleh mengambil tanah rezab ini bagi tujuan pembangunan dengan syarat ianya mesti diganti dengan tanah lain yang berkeluasan atau nilai yang serupa.  Tidak dinafikan ada kerajaan negeri yang masih gagal mengganti tanah rezab yang diambil tetapi ini perkara tertunggak maka lambat laun PBN seperti Selangor, Kedah, N. Sembilan, Johor dan Wilayah Persekutuan wajib menggantikannya semula! Sila rujuk di sini dan di sini untuk keterangan lanjut. 

Andai Uztaz ini bersungguh memperjuangkan hak orang melayu (itu pun kalau DAP bersetuju dengan mereka) maka wajib dipersoalkan sekarang setelah berkuasa di Selangor dan Kedah, harusnya mereka menggunakan kuasa mereka sekarang untuk menggantikan semula tanah rezab yang telah diambil semasa BN berkuasa di negeri2 terbabit.  

Kalau mereka sanggup melawan arahan polis untuk tidak mengadakan demonstrasi haram jalanan untuk PPSMI dan Bersih2.0 maka apalah sangat satu lagi demonstrasi bagi menuntut ganti semula serta-merta bagi tanah rezab yang belum diganti.  Kalau mereka tidak berbuat demikian maka, serupa atau lebih teruk mereka ini dari kerjaan BN.

Wednesday, November 30, 2011

Itulah tahap sebenar pemikiran TS Muhyiddin

Tiada masalah tajuk yang digunakan di Harakahdaily.net untuk aku kekalkan walaupun kandungan artikel ini bercanggah tetapi tajuknya aku setujui.

Artikel ini sebenarnya agak pendek untuk mengulas ucapan penuh TS Muhyiddin pada PAU-11 yang sedang berlangsung sekarang ini.  Tetapi sememangnya menjadi roh pada portal berita pembangkang ini untuk membangkang dan melecehkan apa sahaja yang berkaitan dengan UMNO maka disiar jugalah artikel pendek ini.

Mengikut laporannya, Salahudin Ayub menyifatkan ucapan sebegitu tidak sepatutnya "diucapkan oleh bakal perdana menteri".

Soalannya sekarang.. Dengan mengangkat TS Muhyiddin sebagai bakal PM, Adakah Salahudin Ayub yakin bahawa Pakatan tidak akan berjaya menawan Putrajaya selepas PRU-13?

Katanya lagi TS Muhyiddin memalukan dirinya sendiri dengan ucapannya yang sarat dengan mesej kebencian kepada parti2 dalam Pakatan Rakyat.  Di dalam artikel ini juga Salahudin Ayub juga cuba mengajar bakal perdana menteri ini apakah sepatutnya isi ucapannya iaitu gagasan dan wawasan negara.

Aku secara jujunya ingin mencadangkan agar beliau dan rakan2nya di dalam Pakatan belajar menguna-pakai sendiri ajarannya ini kerana kita semua tahu yang penceramah2 pakatan bukan sahaja pelopor malah juara di dalam acara ucapan bercaci-maki samada ianya acara berseorangan, acara berkumpulan atau acara berganti-ganti.


Soalan yang wajar ditanya kepada Salahudin Ayub lagi adalah adakah ucapan dari seseorang yang dijuangkan sebagai bakal PM walaupun disebalik dinding penjara oleh Pakatan yang menggelarkan pemimpin lain sebagai pandy kutty dipatutkan? orang ini juga yang berucap mengutuk dan menghina negara sendiri diluar negara juga dipatutkan?  Adakah tiada malunya untuk berucap sedemikian?

Adakah Salahudin Ayub sendiri sebagai seorang wakil rakyat tidak berasa malu langsung untuk mengangkat malah menjuangkan orang yang tidak putus2 dengan skandal moral ini untuk menduduki takhta Putrajaya?

Di akhir artikel ini, ringkas dinyatakan intipati ucapan TS Muhyiddin iaitu DAP itu cauvinis cina yang jahat, PKR itu ultra liberal yang hanya memperjuangkan DS Anwar serta PAS meninggalkan negara Islam untuk negara kebajikan (cuba perhatikan cara olahan ayat baik yang diletakkan kepada PAS).

Penulis artikel ini sengaja lupa untuk menukilkan lagi satu lagi label yang dianugerahkan kepada PAS oleh DS Muhyiddin iaitu DAP GANTI PAS

Salahudin sempat mengucapkan terima kasih kepada DPM kerana menyebut perihal PAS di dalam ucapannya kerana dengan itu katanya, UMNO mengiktiraf PAS dipersada politik.

Kalau inilah tahap sebenar pemikiran Salahudin Ayub, bayangkan berapa banyak ucapan terima kasih yang Pakatan akan terima dari UMNO dan BN kerana setiap ucapan dari penceramah2 Pakatan tidak pernah tidak mereka lekang dari menyentuh perihal UMNO dan BN walaupun sentuhan itu yang fitnah2 dan busuk2 belaka.

Wednesday, November 23, 2011

Football : Malaysia Vs Indonesia

How I wish this was the statement made by both side:

Malaysia : "WE always knew WE could beat INDONESIA. The question is sometimes it was hard to do because INDONESIA has a big say, as well, in how the matches go. The quicker the GAME, the more WE favour OURself.  Maybe INDONESIA didn't play THEIR very best tonight. But on an OPEN FIELD, it all happens very quickly as we saw at the end. For US it was an exciting match to play."


Indonesia"The score is true, and today THEY played too good for US.  Just accept that today when you play against MALAYSIA and THEY ARE playing like this, the only way to WIN in the match is THROUGH PENALTY KICK, because for the rest THEIR level was too high in this MATCH. And WE didn't had SCORED ALL THE PENALTY KICKs."


This statements were from Roger Federer and Rafeal Nadal (respectively) after their recent match at Barclay ATP World Tour Finals where the latter lost.  Of course I've modified their statement to suit the football games instead of the tennis match.  Federer and Nadal's rivalry in sport to become the greatest and unprecedented friendship outside the court marvels many sportsmen and fans.

Unfortunately that's not the case for the many..

Wednesday, November 16, 2011

Anak luar nikah: PAS umpama mengata dulang paku serpih

Harakah mengeluarkan artikel yang mengatakan UMNO tidak relevan mendidik rakyat kerana 152,182 anak  luar nikah direkodkan diantara tahun 2008 dan 2010.  Kata mereka lagi ini adalah bukti kegagalan UMNO mendidik generasi muda.

3 tahun berturut Kelantan menjuarai rekod tertinggi kes AIDS di Malaysia.  Jadi bagaimana mereka tergamak mengatakan UMNO gagal mendidik generasi baru?


Thursday, November 10, 2011

Marina Mahathir : Why go after Ambiga, come after me if you dare!

I don't know why I'm writing this piece in English but I just feel like putting my thought together using this particular medium.  By the time I finish writing, I am also no sure whether this piece is going to be published or not.  But one thing for sure is that I'm writing this piece because of I'm quite disturb about the LGBT's Seksualiti Merdeka event that's scheduled to be held on November 9 to 13.

I'm more disturb with the statement made by Tun M's daughter, Marina Mahathir (MM) who defends the event as if it is the right of Muslim to hold a kenduri doa selamat! Furthermore, she said that she has been defending the LGBT community right for more than 20 years! unbelievable...

With regards to the event, MM said she officiated the event 2 years ago.  The event is about explaining and educating the LGBT community about their rights within the law NOT a free sex festival as alleged.  Now, she claimed that UMNO-controlled media particularly TV3 described the event as a free sex festival BUT I could not find anything that could have substantiated her claimed.

Even though the first article published on the organiser's website is dated September 15, 2008 but the first event of such was held on August 29, 2008 with the tagline of "if one of us ain't free, none of us are".  The second event was held in the subsequent year with a theme called "our bodies, our rights".  2010's event was called "we are family".  


Now, enough information about the Seksualiti Merdeka event.  Let us go now to what I think about the idea of Seksualiti Merdeka under the banner of human rights.  After all this is my blog and its suppose to allow me to share my thoughts with those who care to read it.  As an average man living peacefully in this blessed land of Malaysia, I truly believe that each human has rights that cannot what soever be denied by other human or rules and regulation of countries BUT limited to certain extend.  In other word, rights that's limited or limited rights!

How can that be then? Have rights but limited.  Some already argued that is almost the same as not having rights at all.  Well, since LGBT is about sexual orientation then we should limit our discussion with regards to the matter.


First and foremost, sexual orientations of other then with male and female have been gazetted as illegal and punishable by Malaysian law.  Thus when MM said the event is about education the LGBT community about their rights within the law is absurd.

Religions wise, everybody know that Abrahamic forbids it except for Buddhism that does not explicitly states the banning of homosexuality thus causing a debate among its followers.  However Dalai Lama in 1997, while meeting with human activists in San Francisco commented that all form of sex other than penile-vaginal sex are prohibited for Buddhists whether heterosexuals or homosexual.

I believe that feel or desire, what ever it maybe, good or bad, it is God given.  Through experience of life and teaching we however know that God allows these feelings or desires be nurtured from young or from the point of its discovery.  Homosexual is rejected by all religion and illegal in almost all of the countries in the world.  It is biologically wrong.  It is morally wrong.  It is religiously wrong and sinful.

I believe that instead of celebrating and seeking permission to live a gay life, one should find guidance towards jettisoning the feeling or desire be it psychophysically or religiously.  Do not tell me about the pressure of homosexual is greater than heterosexual.  Uncontrolled heterosexuals is as much disastrous as homosexuals.  The idea is we must suppress these negative desires while continuously healing ourselves from this wrong feeling.   No matter how hard it can be, we must change it or minimize it.

Now, just imagine if we second the notion of legalizing homosexuality, allowing the LGBT community to flourish in Malaysia, what will happen next and where will this stop? How about nudist community? Will we have MM to officiate a nudist community gathering and fight for a nudist beach somewhere in Malaysia? Its human right after all to go nude anywhere they pleased and it is not disturbing anyone else.  How about free-sex festival?  as long as there are mutual consent, human should have the right to have sex with each other be it by a couple a group of couples.  Will MM officiate their festival and fight for their right to a monthly event perhaps?

Tuesday, November 1, 2011

Audit: PIS kemuka petisyen kepada PUS

Kelakar pulak rasanya bila baca artikel ini di harakahdaily.   Di awal artikel, PAS akan kemuka petisyen kepada Agong memberi maklum kepada Tuanku dan bagaimana baginda boleh bertindak di atas bidang kuasa baginda untuk menasihatkan kerajaan.

Dah nama pun laporan audit negara, mesti la Agong sedia maklum akan kandungan audit ini.  Agong sendiri yang lantik Ketua Audit Negara.  Nak maklum apa lagi.  Cuba baca soalan2 lazim dan jawapan2nya yang aku ambil dari website JAN ni.

3. Apakah mandat bagi menjalankan pengauditan?
Mandat audit diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan diperincikan melalui Akta Audit 1957.
4. Siapakah yang melantik Ketua Audit Negara?
Ketua Audit Negara dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja mengikut Artikel 105 Perlembagaan Persekutuan.
5. Apakah tanggungjawab Ketua Audit Negara?
Perkara 106 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menggariskan tanggungjawab Ketua Audit Negara untuk mengaudit Akaun Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Awam Lain dan Badan-badan yang ditentukan dengan perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Lepas tu kalau aku faham betul ayat ini iaitu
"bagaimana baginda boleh bertindak di atas bidang kuasa baginda untuk menasihatkan kerajaan"

samaada PAS ni nak mengajar pula Agong macam mana nak buat kerja atau PAS ni nak soal Agong tentang kerja baginda. Ini dah kira 'daring' tahap mat rempit ambik korner dah ni.

Lepas tu Mahfuz Omar samakan Audit Negara ni macam laporan murid sekolah. Banyak merah, ibu bapa akan kecewa. Yang ni masuk akal dan aku terima tetapi bila dia kata tuntutan petisyen ini ialah untuk menuntut PM meletakkan jawatan, ini memang tak masuk akal.  Pernah ke kita dengar atau baca yang ibu bapa meletakkan jawatan sebagai ibu bapa sebab report card anaknya banyak merah?!  Bukankan sepatutnya ibu bapa itu perlu berkerja dengan lebih keras bagi memastikan merah pada report card anaknya kalaupun tidak hilang terus, ianya berkurangan! bukankah itu lebih logik.

Lepas tu contohkan lagi dengan syarikat korporat, kalau rugi CEO mesti bertanggungjawab dan melepaskan jawatan.  Ini menampakkan kedunguan pemimpin pembangkang.  Ia menunjukkan pemikiran pemimpin pembangkang telah mencecah tahap terendah dalam sejarah negara. 

Rakyat biasa pun tahu mentadbir negara tak mungkin sama mentadbir syarikat korporat.  Buktinya kalau Malaysia bertuah ini satu syarikat korporat, Mahfuz omar yang kelulusan SRPnya pun dipertikai tidak akan bergelar pemimpin hatta bahagian pembersihan sekalipun.  Ada ke syarikat nak ambil orang yang tiada kelulusan akademik tapi hanya pandai bercakap untuk jadi ketua? tak pening kepala CEO syarikat tu nanti? hahaha

Laporan Audit Negara yang disebarkan kepada semua lapisan masyarakat menunjukkan ketelusan kerajaan.  Tiada sembunyi2 dan tak perlu cogankata.  Mana2 salahlaku yang dibangkitkan perlu diadili mengikut keperluan undang2 dan disusuli dengan tindakan sewajarnya.







Saturday, October 22, 2011

Zul Lawakkan Hudud PAS HA HA HA

Zul Jahil, liwat isteri termasuk perkara syubhah.. ini tajuk sebenar artikel di harakahdaily.net.
Jangan lupa apa yang dibahaskan oleh YB Zul ialah ENAKMEN hudud yang di gubal oleh PAS. Makna enakmen menurut Dictionary.com ialah 1) The process of passing legislation 2) A law that is passed. Maknanya jika tiada enakmen bagi sesuatu kesalahan jenayah maka penjenayah ini tidak boleh didakwa di mahkamah. Dalam bahasa yang kita biasa dengar ialah TIADA PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG..
Jadi benarlah menurut enakmen hudud PAS, sang suami boleh meliwat isterinya tanpa takut didakwa. HA HA HA
Alasan sang isteri adalah milik si suami dan andai si isteri diliwat maka ada isu syubhah dan hukuman takzir akan diguna bagi menggantikan hukuman hudud ke atas sang suami adalah alasan semata.
Jika ini benar, BUKTIKANLAH! Bacakan kepada rakyat atau tunjukkan dibahagian mana enakmen hudud PAS Terengganu digubal untuk melindungi si isteri dari diliwat sang suami. Tunjukkan kepada kami hukuman yang telah ditetapkan didalam hudud versi PAS ini yang menanti suami2 yang berani meliwat isteri2 mereka.
Cerita tentang mukallaf pula, memang benar makna sebenar mukallaf ialah orang yang telah akil baligh. Carilah dimana-mana kamus pun samada on-line atau kamus yang dibukukan maknanya masih sama. Oleh itu adalah jelas tanpa perlu disuluh-suluh enakmen hudud PAS Terengganu adalah hukum hudud PAS dan BUKAN hukum Allah! yang dipergunakan untuk menarik undi umat Islam.. Malang sungguh...

Thursday, September 29, 2011

Hudud: Pakatan pemati hasrat Datuk Niz Aziz laksaan


Portal berita PAS ini melaporkan, ketiga-tiga parti di dalam Pakatan berpendirian akan mempertahankan dasar yang telah dipersetujui disamping menghormati perbezaan ideologi selepas menghadiri Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) di Pejabat Agung PAS (ewahh.. PAS ada Pejabat Agung lahh..). Ayat ini sendiri penuh dengan putar belit, kalau sudah dasarnya iaitu tiada perlaksanaan hudud sudah dipersetujui dan dasar ini akan dipertahankan, ianya hanya ideologi PAS kenapa Datuk Niz Aziz (DNA) secara tiba2 pula mahu melaksanakannya sekarang?
Kata Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), aspirasi Hudud PAS dihormati, bantahan DAP juga dihormati. TETAPI bukankah apabila hudud PAS diketepikan bermakna bantahan DAP yang menang? adakah ini bermakna bantahan DAP lebih dihormati di dalam Pakatan berbanding aspirasi PAS? adakah ini juga bermakna PKR berjaya mencaturkan PAS untuk tunduk pada DAP?
Kata DSAI lagi PAS terikat dengan apa yang disebut sebagai dasar bersama, semangat perlembagaan dan buku jingga. Ini bermakna selagi PAS bersama pakatan, selagi itulah hudud tidak akan dilaksanakan!

DSAI berkata lagi mereka tidak akan diheret lagi oleh mainan politik UMNO dan BN untuk memecah-belahkan Pakatan. Lapor Harakahdaily lagi, isu hudud bergema ekoran cabaran Tun M.

Ini semata fitnah! Kerana DNA yang mula cungkil hal hudud kemudian Pakatan sendiri yang menembak mati aspirasi PAS ini (demi menghormati DAP!). Utusan melaporkan, memandangkan beliau bukan lagi PM, Tun M menggesa di Tanjung Malim pada 21-Sep-11 supaya DNA melaksanakan hudud sekarang. Manakala laporan berita paling awal yang aku jumpa berkenaan hasrat terbaru DNA untuk undang2 hudud adalah bertarikh 18-Sep-11 di pmbk.gov.my. Perhatikan perbezaan tarikh itu.

Menyalahkan BN, UMNO khususnya dalam semua masalah yang menimpa Pakatan adalah jalan keluar yang paling berkesan untuk Pakatan walaupun semua rakyat yang mahu berfikir tahu akan hakikat disebaliknya.

Seterusnya, Harakahdaily cuba mencipta perbezaan idealogi Islamik antara PM dan TPM apabila melaporkan PM tidak akan memberikan kebenaran perlaksaaan hudud TETAPI TPM bersedia memberikan kebenaran. YANG PELIK tentang laporan ini, DNA tidak pernah pun meminta kebenaran untuk melaksanakan hudud dari PM Najib!

Harakahdaily memberi gambaran DAP mengugut untuk keluar Pakatan HANYA SETELAH MCA dan Gerakan memberikan amaran keluar BN pada UMNO andai UMNO laksanaakan hudud. Isu ini sebenarnya tidak timbul kerana pendirian UMNO mengenai hudud adalah konsisten dari dulu lagi.

Lapor Harakahdaily lagi, isu ini semakin panas apabila DNA rela DAP keluar Pakatan andai menentang perlaksanaan hudud ini dan penubuhan Negara Islam. Nampaknya rela DNA hanya rela-manja.. Hudud Datuk Nik Aziz hanyalah alat untuk menarik sokongan politik semata. Ini jelas terbukti apabila PAS Kedah dan PKR Selangor menolak perlaksanaan hudud!

Monday, September 19, 2011

Apa selepas Nasi Lemak 2.0?

Aku terbaca artikel tentang filem pertama Namewee, Nasi Lemak 2.0 di MSN Malaysia. Menariknya tentang Namewee ini ialah dia menempah masyurnya yang pertama dengan kontroversi2 yang menghina.  Rasanya tidak perlu diulas mengenai karya beliau berkenaan Negarakuku, klip carutan TNB dan lagu Nah.  Semua ini masih boleh di korek di Internet dengan mudah.  Salah satu dari kebebasan bersuara yang dibenarkan di Malaysia walaupun pembangkang mengatakan kebebasan ini tidak wujud.

 
Semua orang pun boleh membuat penilaian sendiri jadi aku juga tidak mahu mengulas tentang kontroversi perjumpaan dengan DS Nazri dan cubaan Namawee bantuan dana dari finas untuk buat filem tajuk 1Malaysia

 
Ada dua kenyataan dari beliau di dalam artikel ini yang menjolok deria aku. yang pertamanya dia kata " Nasi Lemak 2.0" was aimed at Internet-savvy malaysian younsters fed up with official calls for unity by the Malay-dominated goverment that hes been in poer for decades.  Kalau dah disasarkan untuk mahir-internet sahaja, kenapa perlu pawagam? kenapa tidak portal2 cinema berbayar sahaja? bukankan itu lebih sesuai dengan sasaran beliau. 

  1. Apa masalahnya dengan "Malay-dominated goverment" apabila negara ini majoriti penduduknya adalah Melayu? Bukankah sememangnya wajar kerajaan didominasi oleh orang2 Melayu kerana mereka adalah majoriti?
  2. Kenapa salahkan "Malay-dominated goverment" apabila yang tak mahu bersatu ialah bangsa2 lain.   
  3. Apa kena mengena cerita perihal tukang masak cina rasis yang nak belajar memasak nasi lemak dengan panggilan kerajaan supaya rakyat bersatu? 

 
Kenyataan kedua beliau iaitu "Our goverment always treats the people who are against them of disagree with them as criminals, " he added, referring to the threatened sedition charges.  Kenyataan ini keluar mungkin kerana gagal mendapatkan bantuan kewangan dari Finas untuk filem beliau.  Aku merasakan namewee ini menganggap beliau adalah dari golongan yang "against the goverment" maka dia dengan songsangnya rasa telah dilayan sebagai penjenayah.  Aku kata sonsang kerana dengan mudah dia dapat berjumpa DS Nazri di Parlimen, diluar etika berpakaian Parlimen dan sekarang beliau mungkin "fast-track" jumpa PM maka memang tidak wajar dia berperasaan demikian.  Adakah penjenayah boleh buat filem? adakah filem seorang penjenayah akan dibenarkan untuk tayangan umum? Dia dilayan seperti penjenayah bukan oleh kerajaan tapi oleh rakyat Malaysia di atas kesalahan2 yang telah dia buat.  Ya..aku berpendapat karya2 kontroversi dia adalah jenayah di mata majoriti rakyat Malaysia.  Maka kerana itu dia masih bebas berkeliaran di luar penjara kerana jika dia adalah penjenayah pada pandangan kerajaan Malaysia pasti dia akan meringkuk di dalam penjara.

 

Wednesday, September 7, 2011

Pas Mahu Sejarah Pra-Merdeka Ditulis Semula - TheSun

Pas menggesa kerajaan membentuk jawatankuasa kabinet bagi menulis semula sejarah negara sebelum merdeka. Kata mereka lagi, perkara ini patut dibuat sekiranya kerajaan ikhlas dalam mengiktiraf pejuang2 kemerdekaan negara.

Dua perenggan pertama artikel di The Sun ini sudah memanaskan hati aku. Pertamanya aku panas kerana gesaan menulis semula sejarah Malaysia ini datang dari orang melayu sendiri ! kenapa ada orang melayu yang mahu mensia-siakan perjuangan dan pengorbanan bangsa mereka sendiri, diluar pemahaman minda aku. Keduanya apa yang PAS tahu tentang sejarah, cubaan menulis semula sejarah oleh PAS atau pihak2 yang bukan ahli hanya akan jadi seperti tikus membaiki labu ! ketiganya gesaan ini datang dari pihak yang sengaja melupakan sejarah penubuhan negara Islam bagi meraih undi orang bukan islam ! setelah berapa ramainya melayu Islam diluar PAS dikafirkan, setelah berapa kali insiden dua imam direkodkan, setelah umat Islam dipecah-belahkan dek kerana matlamat negara Islam PAS, kemudian begitu mudahnya ia digantikan dengan Negara Kebajikan !

PAS berkata lagi kerajaan boleh panggil wakil dari semua pihak untuk mengangotai jawatankuasa ini. Kalau ini berlaku, pastinya buku sejarah kemerdekaan Malaysia akan jadi yang paling tebal di dunia kerana pasti semua pihak mahu sumbangan mereka direkodkan ke dalam sejarah Malaysia. Pelajar2 di Malaysia pasti kena habis masa 1-2 tahun semata-mata untuk belajar sejarah kemerdekaan Malaysia.

Lupakan kita pada isu Novel Interlok? bagaimana isu ini dipolitikkan hingga perkataan biasa seperti kasta dan paria menjadi taboo walaupun ianya adalah hakikat pada sesuatu kaum? ini adalah salah satu contoh 'suntingan' yang pasti berlaku jika sejarah ditulis semula !

Setelah agensi2 kerajaan seperti PDRM, SPRM, dan SPR diperlecehkan, aku melihat usaha PAS ini adalah untuk memperlecehkan pula sumbangan dan jasa UMNO ke atas kemerdekaan Malaysia. Mereka cuba memadam budi UMNO ke atas Malaysia yang merdeka ini. Jijik! Tetapi inilah yang perlu mereka lakukan untuk meraih undi dari orang2 melayu yang setia kepada UMNO.

Di beberapa perenggan kemudian, PAS mengatakan mereka akan menjemput TPM (dan bukannya KJ) untuk berbahas dengan Mohd Sabu berkenaan tragedi Bukit Kepong kerana TPM kata Mohd Sabu, selalu menyuruh dia bertaubat. PAS juga menggesa mangsa2 serangan Bukit Kepong yang merasakan tidak dibayar degnan setimpalnya supaya menerima cadangan peguam PAS untuk menuntut bayaran ganti rugi dari kerajaan British seperti mana mangsa2 pembunuhan beramai-ramai Batang Kali yang telah berjaya dengan tuntutan mereka.

Tidak perlulah TPM melayan karenah mengarut PAS ini, pertamanya kerana PAS BUKAN AHLI SEJARAH! JAIS dan Gareja DUMC juga menolak untuk bertemu PAS. Malah makcik salah seorang waris mangsa serangan Bukit Kepong pun menolak untuk bertemu dengan PAS. Di sini jelas kita dapat melihat kedudukan PAS, bukan sebuah badan yang layak dibawa berbincang. Hanya sesuai dikerah sebagai peserta demo dan pembuat kacau.

Tuesday, September 6, 2011

Mohamad Sabu Gali Kubur Bangsa Sendiri

Walaupun pendapat tentang hal ini sudah pelbagai, tetapi aku macam terpanggil untuk turut serta mencampakkan sedikit cetusan minda aku berkaitan hal ini. Tajuk di harakahdaily.net ialah Umno Gali Kuburnya Sendiri - Mohamad Sabu. Tetapi aku lebih suka andai tajuk aku ini dijadikan ganti.

Umum tahu sekian lamanya komunis di Malaysia diperangi bukan sahaja diperingkat kerajaan malah di peringkat rakyat biasa tanpa mengira bangsa. Bahan2 bacaan mengenai cerita2 kekejaman komunis terlalu banyak dan tiada siapa pun yang mempertikaikan hal itu. Tetapi kini, Mohamad Sabu cuba dengan dangkalnya berani mengangkat pejuang komunis, Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Alasan ceteknya hanya satu iaitu filem Bukit Kepong yang diarah oleh orang UMNO iaitu Jins Samsudin yang mengisahkan insiden serangan Balai Polis Bukit Kepong oleh komunis. Mohamad Sabu mengatakan yang polis2 Melayu disitu berkhidmat untuk penjajah British dan Mat Indera pula ialah seorang melayu yang mengetuai komunis yang menentang penjajah British.

Inilah yang dikatakan kemuncak gila PAS, apa saja yang berkaitan dengan UMNO, walau jasa sebesar manapun mesti ditolak, dipadamkan dari sejarah jika perlu !! Dan lebih parah lagi apabila juak2 PAS tanpa mengira kedudukan menyokong kenyataan ini seolah-olah tiada yang mempu berfikir sebaliknya.

PAS kelihatan bersendirian dalam mempertahankan orang nombor 2 mereka. PKR belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi. DAP melalui Karpal 'langkah-mayat-saya-dulu' Singh, mengatakan Mohamad Sabu tidak bijak dalam hal ini, peristiwa Bukit Kepong, pejuang kemerdekaan seperti Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak wajar dipertikaikan.

Artikel di harakahdaily ini juga menunjukkan Mohamad Sabu yakin sangat yang Buku Pengukir Nama Johor terbitan YWJ pada 2004 adalah penguat hujah beliau. Malangnya, buku ini tidak pernah mengatakan Mat Indera seorang pejuang kemerdekaan. Tidak perlu disini aku perihalkan riwayat hidup Mat Indera ini. Serta tidak perlu juga aku ceritakan perjalanan gerakan politik watak ini sini yang jelas telah terpesong kerana sejak disensaikan oleh Mohd Sabu, banyak cerita mengenai beliau sudah dicungkil keluar.

Menariknya, tajuk buku ini tidak bertentangan dengan sumbangan sebenar ahli komunis ini. Ukir mengukir tidak semestinya sesuatu yang indah. Hitler juga boleh dianggap sebagai pengukir negara Jerman begitu juga Gadaffi ke atas negara Libya.

Moga2 Allah memberikan petunjuk dan hidayahnya kepada kita semua.




Saturday, August 20, 2011

Daftar pemilih: Tohmahan Pas Jangan Dilayan.

Tajuk sebenarnya ialah Daftar pemilih: 5 lagi nama untuk dijejak Sinar Harian tetapi tajuk aku sebenarnya lebih tepat.

Apa yang hendak dihairankan berkenaan nama sama dan Nombor IC hampir sama. Andaikata nama sahaja mampu membezakan pengenalan setiap individu maka pastinya tidak wujud keperluan untuk mencipta Nombor Kad Pengenalan yang semulajadi sifatnya unik bagi setiap individu. Walaupun berbeza hanya satu angka, ianya tetap unik tanpa mengambil kira nama individu terbabit. Sekiranya mereka mahukan keunikan Nombor Kad Pengenalan yang lebih ketara, JPN perlu mencipta rangkaian nombor yang lebih panjang, mungkin 16 atau 20 angka! Itu sudah tidak praktikal pula.

Semua nama yang PAS senaraikan sebagai meragukan lahir pada tahun 50-an, sebelum merdeka. Bukannya macam zaman itu ada dijual buku Himpunan Senarai Nama2 Islam. Orang2 melayu pada zaman itu tidak sekreatif macam orang di zaman ini, kemungkinan besar kerana kekangan maklumat.

Kalau betullah UMNO dan SPR hendak 'mencipta' pengundi2 hantu, logik akalnya tak mungkin rekod yang dicipta begitu mirip sehingga mudah dikesan oleh pembangkang!

Sebenarnya PAS bertindak bijak dengan membuat tuduhan pengundi hantu di media2 cetak dan elektronik walaupun sebenarnya ada undang2 yang membolehkan sesiapa sahaja membantah secara rasmi kepada SPR ke atas mana2 pengundi yang disyaki palsu.

Aku katakan bijak kerana andai kata bantahan ini tidak berasas dan pengundi yang dibantah dibuktikan tulen, pihak yang membantah tadi perlu membayar denda sebanyak RM150 hingga RM200 kepada setiap pengundi itu. Cuba bayangkan berapa banyak RM telah mereka jimatkan dengan cara ini. Selain dari itu ianya ibarat serampang dua mata iaitu, jimat duit, raih simpati pengundi, mengekalkan momentum Bersih2.0 dan melemahkan reputasi SPR.

Rekod Pembangkang setakat ini belum pernah berjaya membuktikan pengundi hantu tetapi mereka tidak mahu pula membayar denda yang sudah diwartakan. Masalahnya pula SPR tidak boleh memaksa pembayaran denda itu. Pengundi2 yang dibantah pula perlu membawa perkara ini ke mahkamah andainya mereka mahu mendapatkan hak mereka itu.

Bagi rakyat biasa, leceh sangat kalau perlu naik turun mahkamah yang mungkin makan masa bertahun hanya kerana RM150 - RM200.

Exco Dewan Pemuda Pas, Shuhaizan Kaiat berkata tidak timbul soal PAS memfitnah Pn. Besah (salah seorang dari 2 Besah yang di'pengundi hantu'kan oleh PAS) mengundi 2 kali kerana mereka sedang membuat kajian terhadap kad pengenalan klon. Maka tiada permohonan maaf yang ditawarkan kepada wanita malang ini.

Mudahkan kerja PAS, berasas atau tidak itu kemudian, yang utama tuduh sahaja!

Shuhaizan Kaiat berkata lagi, kajian dengan nama yang biasa sudah, sekarang mereka guna nama yang jarang2 diguna di Malaysia. Penting untuk kita soalkan di sini, kalau dah kata jarang2 diguna macam mana PAS boleh dapat nombor kad pengenalan pengundi2 ini? sedangkan ada lebih 12 juta pengundi berdaftar!

Pemuda PAS jual sampul duit raya Bersih.

Pemuda PAS edar sampul duit raya Bersih ialah tajuk sebenar artikel di Harakaidaily. Tetapi tajuk yang aku buat merujuk kepada makna yang lebih tepat.

Kenapa? sebab sampul ini dijual dengan harga RM 10 bagi setiap 3 bungkus. Sehingga artikel ini ditulis, katanya mereka sudah berjaya buat hampir RM 330 (aku mengandaikan 1 bungkus ada 10 keping). Akhirnya, 'Its all about business'..

Kira otak bisnes jugak PAS ni, pandai mengambil kesempatan berniaga. Tapi melampau sangat la kalau sampai mencemarkan sambutan Aidilfitri dengan berpolitik.

Friday, August 19, 2011

JK Khas Parlimen Jawapan Kepada Dungu2 Bersih

6000++ dungu telah mencetuskan keadaan kacau bilau dengan berarak secara haram di Bandaraya Kuala Lumpur pada Julai lalu. Dungu2 yang dipimpin oleh S. Ambiga ini jelas berniat mahu mencemarkan nama Malaysia lebih dari menuntut apa yang mereka panggil pilihanraya yang adil dan bersih.

Kini, aku fikir untuk menjernihkan semula persepsi umum di dalam dan di luar negara, jemaah menteri telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen untuk memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkaitan pilihan raya di negara ini.

DS Najib yang mengumumkan perkara ini pada 15-Jul-11, berkata penubuhan ini ialah usaha untuk menambah baik proses pilihanraya. DS Nazri Aziz menjelas lanjut dengan berkata Jawatankuasa ini akan diketuai oleh seorang menteri dan dianggotai oleh 9 wakil rakyat (5 BN, 3 Pembangkang, 1 Bebas).

Tajuk asal artikel di Harakahdaily ialah JK Khas Parlimen sekadar penghias jendala. Artikel ini berdasarkan ulasan dari Mahfuz Omar berkenaan perkara ini.

Tajuk artikel ini sendiri sudah menjelaskan dilema kerajaan dewasa ini iaitu buat salah, tak buat pun salah. Setelah mengerah 6000++ dungu berarak secara haram di KL kononnya menuntut pilihanraya yang adil dan bersih, kini apabila kerajaan berusaha untuk melakukan sesuatu dengan cara yang lebih bertamadun, mereka melecehkan pula usaha kerajaan.

Sebenarnya, ini ialah tabiat biasa PAS secara umumnya. Parti ini telah berjaya secara parti pembangkang secara harfiahnya. Asal saja dari kerajaan, tak kira apa saja, bangkang. Walaupun pun itulah yang mereka mahukan pada mulanya.

Mahfuz berkata hanya demonstrasi haram oleh dungu2 sahaja boleh mewujudkan pilihanraya yang adil dan bersih. Macammana tu? dungu yang mana satu yang boleh hasil perkara ini? dimana logik ayat ini pun kita tak tahu. Kalau dah nama pun dungu, macam mana kita nak harap mereka ini boleh mewujudkan apa2 pun.

Kenapa aku panggil dia orang ni dungu? sebab mereka tak boleh fikir dan hanya mengikut S.Ambiga. Ada pulak buat demo tuntut nak guna ink bila teknologi biometrik dah sedia ada. Ada pulak tuntut akses media yang lebih adil (dari SPR pulak tu) untuk parti2 politik bila media2 pembangkang pun tak bagi ruang kepada Kerajaan. Yang best sekali, demo tuntut pilihanraya bersih bila 5 negeri dah pun ditawan pembangkang, adakah itu maknanya pembangkang menang secara kotor?

Mahfuz juga berkata penubuhan ini meragukan kerana ianya diketuai oleh seorang Menteri. Katanya lagi selain SPR, rakyat juga mempertikai BN dalam hal ini, jadi ianya karut jika pihak2 yang dipertikai boleh memperbaiki amalan pilihanraya. Apa ke benda la, dah kerajaan yang menubuhkan jawatankuasa ini, mesti la kena pilih orang kerajaaan jadi ketua. Ada ke kerajaan Selangor pilih BN jadi ketua Selcat? atau ada ke kerajaan Kelantan pilih UMNO jadi ketua Majlis Syura mereka?

Mahfuz minta lagi yang keanggotaan jawatankuasa itu patut diputuskan di parlimen. Ni lagi aku tak paham. Kalau dah majoriti di parlimen tu BN tentulah apa yang dicadangkan oleh DS Nazri yang akan diambil.

Akhir sekali, Mahfuz berkata "kita bukan mahukan jawapan, kita mahukan perubahan..". Nampaknya, Mahfuz dah menjadi juru cakap pertubuhan haram Bersih. Jelas disini, tuntutan Bersih bersifat politik kerana ianya didalangi oleh ahli politik. Agaknya sebab itu dungu2 PAS terima bulat2 apabila PAS tukar dari Kerajaan Islam ke Kerajaan Kebajikan. Tentu PAS kata pada penyokong2 mereka, jangan minta jawapan kenapa kita tukar dari Islam ke Kebajikan, tapi terimalah perubahan ini.

Jawapan akan menjelaskan keraguan, sesudah keraguan menjadi jelas barulah dari situ kita rangka perubahan yang sewajarnya. Bukankah itu yang lebih molek.

Wednesday, August 17, 2011

Lagi cerita ralat sistem spr

MK melaporkan ada ralat dengan sistem SPR bila mereka katakan Kini pengundi dengan MyKad tidak wujud dikesan!

Kalau dalam kes Mismah, SPR telah membuktikan mereka berada dipihak yang benar pasti ini juga hanyalah satu mainan dari MK.

Sekarang aku cuma tunggu PAS nak meloncat atas isu ini. Yang aku pelik sangat ni, macam mana MK boleh dapat nombor2 IC yang ralat dari sistem SPR ni? macam dah kerap sangat dah ni.

Apapun pasti SPR yang mesra pengundi sekarang ini akan mengeluarkan kenyataan dalam masa yang terdekat ini.

Demi Politik, PAS Keluar Fatwa

Hasil tulisan terbaru Pok Nik ini disiarkan pada 17/8 di Harakahdaily.net dengan tajuk asalnya Demi Politik, Umno sanggup pertikai fatwa.

Nampaknya Pok Nik juga keliru dengan isu ini, seperti kebanyakan orang. Mufti Pulau Pinang telah menegaskan bahawa ia bukan fatwa tetapi hanya larangan sahaja ke atas bacaan ayat2 suci Al Quran menggunakan pembesar suara sebelum Subuh. Tegas mufti ini, larangan ini adalah berdasarkan hukum syarak dengan nas2 yang sahih.

Aku telah google larangan bacaan Al-Quran ini, cuba mencari apa2 kenyataan yang dikeluarkan UMNO berkenaan hal ini tetapi tak jumpa. Yang banyak hanya tuduhan dan fitnah (barangkali) yang UMNO menentang larangan yang dikeluarkan mufti Pulau Pinang ini. Apa yang jumpa hanya kenyataan dari DS Jamil Khir Baharom yang mengatakan Kerajaan menghormati keputusan Mufti Pulau Pinang berkenaan larangan ini. Kalau Menteri di Jabatan Perdana Menteri pun akur, pastilah secara rasminya UMNO pun akur.

Dibangkitkan juga negeri Perlis telah lama menguatkuasakan larangan yang sama. Umum tahu Perlis di bawah pentabbiran BN sekian lamanya. Logiknya, jika UMNO tidak menentang ketika larangan ini dikuatkuasa di Perlis, kenapa pula UMNO mahu menentang penguatkuasaan larangan ini di Pulau Pinang?

Yang beria-ia menentang larangan ini ialah NGO Perkasa kerana mereka berpendapat isu ini menyentuh sensitiviti umat islam. Ada juga blogger2 pro-kerajaan berkongsi pendapat dengan Perkasa. Aku fikir blogger2 merasakan larangan ini lebih untuk mengikut arahan DAP dari mengikut syarak. Maklum lah, sebelum ini YB DAP Teresa Kok pernah meminta volume azan direndahkan.

Yang kelakarnya, kerana berita ini mula2 dibawa oleh Berita Harian (BH), maka MalaysiaKini (MK) pun melebelkan akhbar ini milik Umno yang mana selalunya hanya Utusan saja mendapat lebel sedemikian.

Berbalik kepada kenyataan Pok Nik tadi, dituduh pula UMNO mencari balah dengan mufti. Padahal seperti yang aku kata tadi, takde statement pun dari UMNO yang menyanggah keputusan mufti Pulau Pinang. Ditanya pula sejak bila pula UMNO mempertahankan Islam. Bukti UMNO mempertahankan Islam lebih dari PAS ialah setiap negeri dibawah pentadbiran UMNO masjidnya lebih dari 2 buah.

Pada Pok Nik lagi, cara UMNO persembahkan Islam salah. Tercetus pula diminda aku adakah budaya memfitnah segala usaha kerajaan dibawah pemimpin Islam yang bersolat itu persembahan Islam yang betul? berdemo dengan tujuan menjatuhkan kerajaan yang ditunjang umat Islam itu persembahan Islam yang betul?

Lain2 kenyataan Pok Nik didalam tulisan beliau ini hanyalah rapu lagi merapu dari seorang dinasor politik yang cuba meraih undi simpati.
Link

Wednesday, August 3, 2011

pagi MyPR, petang MyKad. Kenapa PAS tidak boleh berfikir?

Sewaktu mula baca artikel ini yang diolah dengan gaya sudah-jatuh-hukum ditambah pula dengan bukti rakaman skrin contoh individu yang bernama Misah serta perihal lengkap masa perkara disemak di website JPN, aku akui bahawa aku sedikit terpengaruh. Artikel ini agak meyakinkan.

Tetapi setelah diselidik, aku menjadi yakin bahawa tuduhan Harakahdaily.net hanya tuduhan peringkat rendah semata yang senang dilapangkan. Tuduhan ini serupa dengan tuduhan RM52b saham bumiputera lesap disonglap UMNO. Logik akal ke atas lesapnya RM52b ialah, bumiputera2 yang telah membeli saham ini sudah menjualkannya kepada non-bumi setelah harga saham2 itu naik! itu sahaja. Jadi untuk menyampaikan pendapat aku mengenai tabiat fitnah PAS dan pembangkang ini, tajuknya aku tukar seperti di atas. Tajuk artikel sebenar Suruhanjaya perlu siasat pagi MyPR, petang MyKad

Siasatan yang dibuat oleh blogger Double-Y, Mismah adalah berstatus PR Malaysia dari tahun 1982 lagi dan beliau juga mempunyai nombor IC lama. Mismah juga telah mendapat taraf warganegara pada Jan-11. Hanya setelah 29 tahun menetap di Malaysia baru Mismah ini dianugerahkan taraf warganegara. Apabila menjadi warganegara, Mismah layak menikmati semua hak2 yang rakyat Malaysia dapat termasuklah mengundi. Jadi tak timbul isu boleh mengundi atau tidak.

Seorang dinasour politik DAP juga pernah membangkitkan sengsara PR kerana masalah jangka masa yang terlalu panjang untuk menjadi warganegara . Nah.. sekarang mereka membuat isu ke atas perkara ini pula.

Untuk menambah-baik pengurusan Pemastautin Tetap, JPN pada Jun-06 mengarahkan semua PR menukar kad pengenalan mereka kepada MyPR yang jauh lebih baik.

Bagi yang kurang biasa dengan system website JPN, elok la cuba ujikaji perkara ini. Pergi ke lama JPN dan klik pada pautan Semakan Status Permohonan MyKad. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan PASTI anda akan dapati Status Permohonan : Kad telah diambil. Status ini diberi kepada semua yang telah mengambil Kad Pengenalan mereka dari JPN tak kira berapa lama sudah pun ia diambil. Hal ini membolehkan pembangkang mengexploitasikan jangka-masa dari pagi ke petang macam yang berlaku ini.

Satu soalan yang bermain di kepala aku ialah, macam mana PAS dan Malaysiakini boleh dapat nombor IC Mismah serta senarai PR untuk mereka putar-belitkan isu ini?

Sunday, July 31, 2011

Pas Gagal Tunjuk Teladan Islam pada DAP

Kalau dibaca tajuk di atas memang ada benarnya kalau diambil kira acara2 yang telah berlaku baru2 ini diantara PAS dan DAP walaupun ada dipihak PAS yang beranggapan sebaliknya. Tajuk sebenar artikel di Harakahdaily ialah Umno Gagal Tunjuk Teladan Islam.

Pada pendapat saya, dua perenggan pertama artikel ini sepatutnya dituju oleh UMNO kepada PAS. Parti yang gagal memperjuangkan Islam dan slogan Islam, ini sebenarnya ialah kelemahan parti PAS dari dahulu lagi dan semakin parah apabila sekarang berada di dalam PKR tetapi anehnya dilantunkan pada UMNO pula.

Perkara ini sama seperti kerajaan perpaduan yang diilhamkan PAS tetapi dituduh sebagai fitnah jahat mulaan UMNO. Gelaran Umporno kepada UMNO setelah penyebaran Video lucah Ketua Umum PKR walaupun kaitan hal ini dengan UMNO hanya khayalan pembangkang.

Perbankan Islam, pembinaan Masjid2 dan Surau2, Jabatan Agama Islam Negeri2, Logo Halal, penguat-kuasaan Undang2 Syariah, Zakat, Tabung Haji, Tilawah Al-Quran adalah antara teladan2 Islam dari UMNO selaku tunjang BN untuk Dunia amnya dan rakyat Malaysia khususnya. Bagi saya, di bawah pentadbiran BN, Malaysia dilihat sebagai negara Islam contoh diarena antarabangsa, itu adalah teladan yang terbaik.

Bagaikan meludah ke langit, PAS mendakwa parti2 komponen BN gagal memahami konsep Islam yang dibawa UMNO. UMNO hanya memperjuangkan Islam yang satu, iaitu yang sederhana dalam setiap sudut kehidupan. Tiada istilah konsep itu atau konsep ini kerana Islam itu satu. Tiada tentangan ke atas Islam yang dibawa oleh UMNO oleh rakan2 mereka di dalam BN.

Yang bukan hanya gagal memahami Islam dari dulu hinga kini malah takut kepada Islam ialah sekutu baru PAS iaitu DAP. Begitu takut hinggakan sanggup mati sebelum negara Islam ditegakkan. Begitu tidak fahamnya DAP akan Islam hinggakan mereka sangka petikan2 hadis dan ayat2 Al-Quran boleh digunakan untuk kepentingan politik.

PAS juga mendakwa UMNO menentang usaha mereka untuk menyekat maksiat dengan menguatkuasakan Enakmen Hiburan 1997 yang diluluskan sendiri oleh kerajaan BN Kedah ketika itu. Umum sedar bahawa tiada seorang pun ahli UMNO yang mengeluarkan sebarang kenyataan menentang atau menyekat penguatkuasaan enakmen ini. Tetapi PAS dengan tiada langsung rasa malu menuduh UMNO pula mempolitikkan Islam padahal ia adalah sebaliknya. Meletakkan Islam di dalam nama parti politik mereka adalah bukti hidup yang PAS mempolitikkan Islam.

MCA bantah bukan kerana tidak memahami Islam tetapi semata menjaga kepentingan peniaga2 kaum cina yang terlibat didalam enakmen ini. Yang jelas, bukanlah sebab bantahan dari MCA PAS membuat pusingan U di atas pengumuman penguatkuasaan enakmen ini. Bentakkan dari DAP sebenarnya yang memaksa PAS berpusing dari sepenuhnya menguatkuasakan enakmen ini.

Artikel di Harakahdaily.net ini ditutup dengan kenyataan hanya PAS mampu membawa perubahan di dalam PRU akan datang dan mereformasikan sistem pemerintahan negara. Kenyataan ini sangat lemah kerana bukan hanya tiada bukti malah track-record PAS iaitu kegagalan ekonomi di Kelantan, kegagalan menguatkuasakan Islam di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor juga mengatakan sebaliknya.

PAS sebenarnya sudah kehilangan nilai kepada orang melayu selagi ia bersekutu dengan DAP kerana mereka tidak pernah memperjuangkan agenda mempertahankan hak2 orang melayu dan sekarang matlamat negara Islam juga telah diganti dengan negara kebajikan.

Tuesday, July 19, 2011

Hiburan: Syabas Kedah kerana tunduk kepada DAP

Tajuk sebenar artikel di harakahdaily ialah Hiburan: Syabas Kedah, bagaimana dengan Melaka?

Bila mula2 terdengar MB Kedah ingin menguatkuasakan Enakmen Hiburan dan Tempat2 Hiburan 1997 yang melarang pusat2 hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadhan sepenuhnya untuk muslim dan bukan muslim, secara peribadinya saya tidak dapat lari dari menyokong usaha murni ini. Tetapi memahami tabiat politik PAS dan DAP mutakhir ini, saya seperti tertunggu-tunggu tindakan DAP mengenai hasrat murni PAS ini.

Suara tentangan dari awal MCA dan Gerakan (malah mendahului DAP) memang sudah dijangka kerana umum mengetahui mereka sekarang perlu dilihat aktif menjuarai kepentingan bukan muslim di Malaysia. Tiada tentangan dari UMNO tetapi dapat dirasai rata2 UMNO juga seperti saya, menunggu tindakan DAP dan reaksi PAS.

DAP kemudian bersuara melalui media meminta PAS Kedah menarik balik larangan ini. Tegas DAP yang kekal dengan perinsip menentang PAS menubuhkan negara Islam, akan mengambil segala langkah bagi memaksa kerajaan negeri Kedah menarik balik keputusan itu. Seperti dijangka PAS Kedah berundur separuh dan membenarkan pusat hiburan beroperasi seperti biasa tetapi orang islam dilarang berkunjung ke pusat2 hiburan sepanjang bulan Ramadhan.

Ramai yang sedia maklum, ramai pelayan2 dan bonzer2 pusat hiburan adalah melayu beragama Islam. Bagaimana pula tindakan PAS ke atas mereka2 yang mencari rezki di sana nanti?

PAS secara keseluruhannya berbangga dengan pencapaian ini malah menbandingkan kejayaan mereka ini dengan keputusan kerajaan negeri Melaka yang melanjutkan tempoh operasi pusat2 hiburan di Melaka dari jam 2 pagi ke jam 3 pagi.

Secara rambangnya kalau kita melihat muka depan portal ini, tiada disebut langsung mengenai amaran keras dari sekutu PAS iaitu DAP mengenai perlaksanaan Enakmen Hiburan ini. Tetapi yg dapat dibaca ialah perihal MCA, Gerakan dan Umno dengan isu ini. Jelas di sini, PAS cuba menonjolkan bahawa kegagalan mereka untuk menguatkuasakan sepenuhnya Enakmen 1997 ini adalah bukan kerana DAP. Ini juga sebenarnya sudah diduga kerana tabiat PAS ini sudah diketahui umum sekian lamanya.

Kepada yang berfikir tentu tercetus diminda mereka, bukankah Islam melarang umatnya berkunjung ke pusat2 hiburan pada bila2 masa pun? adakah maknanya PAS merestui umat Islam berkunjung ke pusat2 hiburan di luar Ramadhan?

Soalan selanjutnya, ada apa pada DAP yang begitu menggentarkan PAS hinggakan belum pun DAP menghantar sebarang bantahan rasmi atau mengatur sebarang temujanji untuk berbincang, PAS terus berundur?

Thursday, June 23, 2011

Fitnah Bersih Lari Jauh Dari Islam

Tajuk sebenar arkikel harakah ialah tuntutan bersih selari dLinkengan islam.

Apa yang selari dengan Islam, kita pun tak tau. Tak kan Islam menggalakkan huru-hara. Tak mungkin juga Islam menggalakkan memaksa tuntutan ke atas sesuata yang sudah diberi. Tetapi kalau 'Isle' versi Pas yang dimaksudkan oleh Harakah, itu mungkin ianya selari.

Apa sebenarnya Bersih 2.0 ni dan apa yang dituntutnya sehinggakan lebih dari 1000 laporan polis dibuat untuk membantahnya?

Bersih 2.0 ialah perarakan beramai-ramai ke istana negara dan menyampaikan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi menuntut lapan (8) perkara dari SPR yang dirancangkan pada 9 Julai 2011.

  1. Membersihkan senarai undi.
  2. Mereformasi undi pos.
  3. Gunakan dakwat kekal.
  4. Akses media yang bebas dan adil.
  5. Tempoh kempen minimum 21 hari.
  6. Perkukuhkan institusi awam.
  7. Hentikan rasuah.
  8. Hentikan politik kotor.
Kenapa tak boleh berbincang saja? kita difahamkan SPR telah memanggil Ambiga untuk berbincang tetapi ditolak kerana menurut Ambiga masa berunding sudahpun tamat jadi dia akan teruskan rancangan demo ni yang juga.

Siapa dan Kenapa Ambiga bersungguh dengan demo Bersih 2.0? Ambiga ni terkenal di luar dan dalam negara tetapi terkenalnya beliau dalam banyak perkara yang menggugat hak2 Islam dan Melayu.

Apa wajarnya tuntutan Bersih 2.0 ini setelah Pembangkang menang di 5 negeri? memang tak wajar tetapi bagi mencetuskan momentum anti-kerajaan untuk pilihanraya ke-14, diwajarkan juga rusuhan yang berkepentingan terpesong ini.

Kenapa libatkan Agong padahal undang2 SPR ni ahli2 parlimen yang buat? jelasnya kerana ada agenda2 tersembunyi antara lain mungkin dendam peribadi, SPR hanya kambing hitam. Penglibatan Agong pun hanya dusta sebab temujanji nak jumpa agong pun tak dibuat hingga ke hari ini! Tuntutan 6, 7 dan 8 pula tiada kena mengena pun dengan SPR.

Tuntutan 1. Ada prosedur jelas mengenai pembersihan daftar undi, yang mana sesiapa pun boleh membantah senarai pengundi2 baru yang dikeluarkan. SPR akan memanggil orang yang dibantah ini untuk siasat ketulenan mereka. Andaikata mereka ini tulen, yang membantah tadi perlu membayar jumlah wang tertentu kepada yang dibantah, atas dasar menyusahkan dan memfitnah pengundi2 baru ini. Tapi hal ni disalah guna pihak2 terbabit dan menginiaya pengundi2 baru itu.

Tuntutan 2. Banyak pihak kata prosedur undi pos lemah dan terdedah kepada manipulasi, jadi ahli2 parlimen pembangkang cadanglah prosedur undi pos baru yang lebih baik. Demo ini secara tidak langsung menunjukkan pihak pembangkang tak menjalankan tanggungjawab mereka.

Tuntutan 3. Dakwat kekal? kuno la, negara2 moden pun tak guna kaedah ini. Biometrik kan lebih baik dan lebih moden. Kurang kontroversinya.

Tuntutan 4. Untuk meminta akses media yang bebas dan adil, pihak pembangkang juga harus berbuat demikian ke atas media2 dibawah kawalan mereka. Harakah, SuaraKeadilan dan lain2 juga mesti menyediakan ruang untuk kerajaan berkempen. Dengan membiarkan media2 pro-pembangkang yang lain seperti MI dan MKini bersiaran, ini membuktikan kebebasan bermedia di Malaysia dilangsungkan dibawah pentadbiran sekarang walaupun penulisan di media2 ini menjurus ke-arah mencemarkan reputasi kerajaan. Itu belum diambil kira jumlah blog2 di alam cyber. Walaupun begitu, Utusan tidak mendapat nasib yang serupa di negeri2 yang dikuasai pembangkang.

Tuntutan 5. Tempoh berkempen minimum 21 hari. Kalau ahli2 politik rasakan perlu, cadanglah di parlimen, pindalah keperluan ini seadanya. Secara jujurnya 10 hari mencukupi tapi kalau tak cukup boleh dibawa berbincang dan didebatkan secara ilmiah. Tak perlu rusuhan. Yang HAIRANnya, Ambiga ini dakwanya bukan ahli politik TETAPI kenapa pula Bersih 2.0 ini menuntut tambahan hari untuk berkempen?

Walaupun agenda sebenar cuba disembunyikan tetapi JELAS kepada rakyat yang MAHU BERFIKIR dan waras ialah demo Bersih 2.0 ini adalah untuk menjatuhkan kerajaan BN secara TIDAK DEMOKRATIK sekaligus menafikan hak majoriti rakyat Malaysia yang telah memilih BN sebagai parti pemerintah. Ini sebenarnya bertentangan dengan apa yang di perjuangkan sama sekali. Jadi wajarlah jumlah report polis yang dibuat oleh mereka2 yang mengambil berat.

Soalan yang terakhir, kenapa ramai yang sokong agenda kotor Ambiga dan sekutunya? Semua yang terlibat mempunyai agenda jahat masing2. Walau dianalisa secara kasar sekalipun, dapat dilihat yang menyokong dan akan menghadiri demo Bersih 2.0 adalah penyokong2 PR (Pas, PKR, DAP serta NGO2 anti-kerajaan.

Ramai yang sedia maklum bahawa penyokong Pas TERLALU TAKSUB kepada perjuangan untuk menjatuhkan UMNO dengan apa cara sekali pun termasuk MENINGGALKAN NEGARA ISLAM untuk undi bukan islam. PKR pula perlukan sesuatu untuk mengalih tumpuan rakyat dari skandal Ketua Umum mereka. DAP pula sudah semula-jadinya anti-melayu dan anti-islam. Mereka pasti akan menyokong apa sahaja usaha untuk menjatuhkan melayu dan Islam di bumi bertuah ini. Bersih adalah alat yang paling tepat untuk tujuan itu. NGO2 yang anti-kerajaan memang tiada kerja lain lagi dah selain dari memburukkan can mencemarkan reputasi kerajaan di dalam dan luar negara hingga mereka sanggup memenuhkan dana bagi menjayakan Bersih 2.0.